Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Alang-alang Berniqab, Awak ‘Niqab’ lah Sekali Media Sosial Tu”-Shahrulezad Tegur Neelofa

Shahrulezad mahu Neelofa menjaga segala aktivitinya dengan lebih privasi

by Zaidin Albert
May 3, 2021
94
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagi kisah mengenai usahawan Neelofa, nampaknya dalam beberapa bulan ini, namanya menjadi sebutan rakyat Malaysia. Peduli tentang isu ini, pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi nasihat kepada Neelofa tidak terlalu aktif di media sosial.

Di laman Facebooknya, Shahrulezad mahu Neelofa menjaga segala aktivitinya dengan lebih privasi memandangkan dia dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz, kini menjadi tumpuan netizen.

Foto: Instagram Shahrulezad
“Sorry Lofa this time around I need to voice out too sbb dah too much kot. Just stay away from social media a bit dik. People are looking up to both of you now. Abam tegur sebab abam care. Abam harap lepas ni Lofa hati hati la yer. Nasihat ni juga untuk semua kawan kawan artis dan celebrity yg lain. Kalau dapat merentas negeri ke planet ker tolonglah senyap senyap. Tak yah ler nak share bagai segala tok nenek benda kat medsos korang. Setakat beli karpet jer pun.”- tulisnya di Facebook.
Shahrulezad membuat teguran tersebut selepas Neelofa dan suaminya sekali lagi mencetuskan kontroversi kerana didakwan merentas negeri ke Nilai 3 membeli permaidani baru. Menurut Shahrulezad, tindakan Neelofa itu seolah-olah mahu meraih perhatian dari netizen.
“Somehow abam rasa Lofa ni memang sejenis craving dengan perhatian perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet kat KL tu yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu dah kenapa Lofa ?. Tu satu hal la. Ikut dia la kan nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun. Cuma yang ko gi gatal sangat upload video kat story tu pastu ko delete tu dah kenapa dik?” tambahnya lagi.

“Alang-alang Berniqab, Awak ‘Niqab’ lah Sekali Media Sosial Tu”

Foto: Instagram Neelofa
Tambah Shahrulezad lagi,  dia seharusnya buka mulut isu kerana ia dilihat seperti agak keterlaluan.
“Nasihat abam. Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ker?”
Shahrulezad menganggap dengan imej baik yang ditunjukkan Neelofa itu juga tidak sepatutnya dikecam. Imej sepertinya itu patut disayangi ramai dan bukan semakin dibenci kerana tindakan diri sendiri.
“Abam cakap ni bukan sebab abam nak benci atau suka suka kecam Lofa. Aku cakap ni sebab aku dah tak larat tengok orang buat dosa mengata kau mengeji kau sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu begini. Imej imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini.”- tegasnya.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran dari Shahrulezad di Facebooknya ini telah mendapat lebih 500 komen dan reaksi berbagai-bagai dari netizen. Dalam masa yang sama, Shahrulezad juga berkongsi sebuah berita dari Harian Metro berjudul yang mengaitkan nama Neelofa berjudul “Neelofa, Suami Buat Apa di Nilai 3?”
Cuba Mahu Ponteng Solat Tarawih, Neloofa Kena "Ceramah" Dengan Suaminya PU Riz
neelofaShahrulezad Mohameddin
https://lomp.at/l1o5l
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem