Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zarina Anjoulie Dedah Punca Perceraian, Cabar Bekas Suami Lafaz Talak Tiga

Anju bertegas bahawa dirinya juga mempunyai maruah

by Khai Azfar
May 4, 2021
Share on Facebook

Semalam, pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menggemparkan industri hiburan apabila memaklumkan dirinya telah bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar selepas dua bulan rujuk semula perkahwinan mereka.

Anju Dedah Yas Sering Kali Minta Bercerai 

Susulan daripada itu, menerusi carian Murai.my ke laman Instagram Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju dia seolah-olah memberi bayangan mengenai punca perceraian mereka. Menurut Anju, setiap kali mereka mempunyai perselisihan faham Eilyas atau juga dikenali sebagai Yas akan meminta untuk berpisah.

Mempertahankan dirinya, Anju bertegas bahawa dirinya mempunyai maruah dan mencabar lelaki itu untuk melafazkan cerai talak tiga terhadapnya. Dalam pada itu, Zarina turut menuntut semula sebuah beg berjenama mewah pemberiannya kepada Yas sebelum ini.

“Thank you but this time… Aku tak nak dah. kalau boleh aku nak talak 3 terus,” tulisnya

Yas Lafaz Cerai Di Instagram 

Menjengah ke perkongsian yang dibuat oleh Yas,dia telah melafazkan cerai talak 1 terhadap Anju menerusi laman Insta story sebagai bukti penceraian mereka.

“Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang.Mana tahu kang tetiba japgi dia cakap tak tahu ke. Hakim nak minta saksi tapi takde ke. Elok la aku selitkan lafaz dekat sini seklai. Dah la tu kot. Tak ada apa dah aku nak cakap. Have a good day semua.Bye” tulis Yas

Dalam kemaskini yang sama juga, Yas mendedahkan ingin membakar ataupun menjual semula beg pemberian Anju tersebut. Jelasnya, Anju sebelum ini seolah-olah memaksa dia menerima beg tersebut sebagai hadiah pemberian ikhlas kepadanya.

“Beg itu cerita dia aku tak nak pun. Dia yang sibuk belikan, paksa-paksa pakai. Then(kemudian) cerai. 1st(Mula-mula) haritu aku bagi balik, kemudian cerai aku sikit pun tak hairan aku pulang je bebaik tak ada bising-bising”

“Bukan aku hamak hairan pun bebenda alah ni.Then (kemudian) rujuk dia suruh aku ambil balik beg itu. Aku tolak tapi dia push push (memaksa) suruh ambil siap cakap ‘ikhlas’. Itu ikhlas dia untuk kali yang kedua la untuk beg bodoh ini”

“Then(kemudian) jadi lagi bnenda ini dia ulang balik. Ingat aku ada masa ke nak layan benda bang*ng ini? Bakak je la tak pun jual” tulis Yas lagi

Sekadar info,Anju telah mendirikan rumah tangga dengan Yas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.Sebelum ini juga dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
zarina anjoulie
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara