Wednesday, October 4, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ada Kelas Tersendiri” – Netizen Puji Kavita Sidhu Kongsi Pengalaman Divaksin AstraZeneca

Dedah Kavita suntikan yang diterima itu langsung tidak menyakitkan

by Khai Azfar
May 4, 2021
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon jelita, Kavita Sidhu mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi pengalamannya disuntik vaksin AstraZeneca pada pagi Isnin.

Kavita Kongsi Pengalaman Divaksin 

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Kavita meluahkan rasa gembira apabila turut diberi peluang untuk menerima vaksin berkenaan ketika membawa ibunya bersama. Difahamkan, Kavita menerima suntikan vaksin itu lebih awal berikutan terdapat individu yang tidak hadir pada janji temu yang ditetapkan.

Dedah Kavita sebagai seorang yang tidak gemar pada jarum, suntikan yang diterima itu langsung tidak menyakitkan. Malah dia berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Hi semua, saya menerima vaksin AstraZeneca hari ini! Saya bawa ibu untuk sesi temujanji(vaksin) pagi ini dan saya cukup bertuah apabila turut diberikan peluang untuk menerima vaksin berkenaan sebagai penjaga ibu saya. Saya janji ia langsung tidak menyakitkan dan saya tidak sukakan jarum sebenarnya”

“Terima kasih kepada doktor, jururawat dan petugas yang berada di sana hari ini(Isnin). Penghargaan khas buat Dr Rose Nina(gambar). Ia sangat teratur dan semua petugas sangat membantu dan bertimbang rasa” tulis Kavita

Seru Orang Ramai Untuk Dapatkan Vaksin

Dalam pada itu, Kavita turut berkongsi pengalamannya selepas disuntik vaksin berkenaan. Menurutnya, setakat ini dia berasa sihat dan hanya terasa sedikit sakit pada lengannya kesan daripada suntikan tersebut. Di kesemptan itu, dia turut menyeru kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin sekiranya diberi peluang.

“Setakat ini, saya berasa sihat, cuma sedikit sakit pada lengan saya lebih kurang dalam satu jam kesan daripada suntikan. Saya akan kongsikan esok(Selasa) mengenai keadaan saya”

“Saya tahu ia adalah pilihan peribadi, tetapi saya ingin syorkan kepada orang ramai untuk dapatkan vaksin sekiranya diberi peluang. Saya membuat keputusan untuk menerima vaksin ini tanpa berbelah bahagi setelah mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan doktor, ahli keluarga dan lain-lain(mereka yang sudah menerima vaksin) tulisnya lagi

Layak Dijadikan ‘Role Model’

Menjengah ke laman Twitter pula, Kavita mendapat pujian ramai daripada netizen diatas perkongsiannya untuk kesedaran mengenai vaksin. Rata-rata berpendapat Kavita layak dijadikan sebagai ‘role model’ selain mempunyai kelasnya tersendiri sepanjang bergelar penggiat industri hiburan.

Malah ada diantara mereka turut mengagumi fesyen Kavita dan suami,Roberto Guiati yang sering kali peragakan baju kebangsaan Malaysia sehingga dikenali sebagai Barbie dan Ken Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Kavita Sidhuvaksin AstraZeneca
Share16Tweet10SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    Ini Jawapan Kajol Selepas Dikhabarkan Telah Bercerai Dengan Ajay Devgn

  4. 4

    [VIDEO] Zarina Zainuddin Persoal Kenapa Tidak Romantik, Jawapan Azal Buat Netizen Tersentuh!

  5. 5

    Jebat Nak Pergi Jepun Dengan Mummy, Baba & Aunty Amelia?-“Dia Bagi Hint Ke Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes