Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW] Raya Raya Raya Dari DOLLA Tampil Unik & Klasik!

Mengingatkan penulis pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Madu Tiga

by Khai Azfar
May 4, 2021
Share on Facebook

Unik dan klasik itulah gambaran yang diberikan kepada single khas dari kumpulan DOLLA yang berjudul Raya Raya Raya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Kekalkan Identiti DOLLA

Unsur klasik kedengaran pada awal permulaan lagu, mengingatkan penulis pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Madu Tiga.Pada jangkaan, unsur ini akan dikekalkan sehingga pada pengakhirannya. Namun, ternyata telahan tersebut tidak benar kerana Raya Raya Raya menampilkan sentuhan berbeza apatah lagi turut menyelit unsur rap sekaligus mengekalkan identiti DOLLA tersendiri.

Menguatkan unsur-unsur ini lagi, sinematografi yang tersusun rapi juga kelihatan pada video muzik Raya Raya Raya yang kini boleh ditonton di laman YouTube. Di saat mendengar lagu ini, terbit di hati bahawa Malaysia sudah sekian lama tidak mempunyai lagu raya yang dinyanyikan oleh artis wanita berkumpulan atau tidak keterlaluan jika dikatakan antara yang pertama? Tidak hairanlah lagu ini kini menduduki carta 10 teratas ‘trending’ di laman YouTube.

Sentuhan 7 Komposer & Penulis Lirik 

Difahamkan, lagu ini merupakan ciptaan beberapa orang komposer dan penulis lirik yang professional terdiri daripada Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique. DOLLA yang dianggotai oleh Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya ini telah membuktikan bahawa mereka berani bereksperimen dan mampu membawa genre yang berbeza dari sebelumnya sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri hiburan Malaysia.

Topik Berkaitan Nikah Pada Ogos Lalu, Sabronzo Ambil Masa Umumkan Pernikahannya...

Raya Raya Raya juga boleh dinikmati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DollaRaya Raya Raya
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara