Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Pengasas Munawwareen Undang Air Mata! Sedekah Telekung Baru Buat Orang Asli

Sebelum ini, gadis itu hanya mempunyai sepasang telekung yang sudah lusuh

by Khai Azfar
May 5, 2021
Share on Facebook

Pengasas pakaian muslimah terkenal Munawwareen, Aliza Abu Bakar mencuri perhatian warganet selepas tular kisah pemberian telekung jenamanya buat seorang gadis Orang Asli baru -baru ini.

Menangis Terharu 

View this post on Instagram

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen)

Dalam ciapan yang dikongsi oleh pengguna di laman Twitter kelihatan gadis tersebut yang dikenali sebagai Azura Anjau menangis kegembiraan apabila menerima telekung daripada Aliza Abu Bakar. Lebih menyentuh hati, Azura turut mengalirkan air mata kegembiraan kerana terharu menerima pemberian tersebut. Sebelum ini, gadis itu hanya mempunyai sepasang telekung yang sudah lusuh sebelum digantikan dengan telekung baharu oleh Aliza.

“Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.

“Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung”

“Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura binti Anjau ni masih muda remaja.

“Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh,” tulis Aliza

Difahamkan Aliza dan kakitangannya mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong. Rata-rata warganet memuji bantuan yang diberikan oleh Munawwareen selain menyifatkan bantuan kepada komuniti Orang Asli wajar dicontohi semua pihak.

“Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi “hot spotted” atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan.

“Biasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz” katanya lagi

Kalau bab kehidupan orang asli ni, selalu tengok Kak @bungolale tweet. Jarang tengok orang lain tweet pasal sedekah untuk golongan seperti mereka ni. Sekali sekali bila ada yg tweet pasal bantuan utk org asli .. aduh, sebak. Bayangkan happynya mereka dpt telekung baru?

???? https://t.co/3iEeqXNtat

— N E Y R A (@neyrashazeyra) May 2, 2021

Selain telekung, Aliza juga turut menyumbangkan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu. Dalam kunjungan itu, Aliza juga turut membawa seorang ustaz untuk menyampaikan tazkirah di sana. Sekadar info, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan di laman Twitter.

Munawwareen
https://lomp.at/oo8yy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara