• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nurin Afiqah Nafi Pergunakan Anak Yatim, Hantar ‘Letter Of Demand’ Kepada Caprice

Manakala Caprice Ambil Tindakan Saman Terhadap Nurin Afiqah

by Khai Azfar
May 7, 2021
Share on Facebook

Nama personaliti media sosial yang juga pelakon baharu, Nurin Afiqah menjadi tumpuan di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah mempergunakan anak-anak yatim untuk tujuan promosi produk. Malah dia juga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 berlangsung baru-baru ini.

Dakwa Difitnah Caprice

Selepas teruk dikecam oleh netizen dan penyanyi rap Caprice, Nurin tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menerusi hantaran di laman Instagram nya, pemilik nama sebenar Nurin Afiqah Zulkifli ini menegaskan tuduhan yang dilemparkan oleh Caprice adalah fitnah. Malah dia turut menafikan bahawa dia sengaja mengajak anak-anak yatim serta rakan-rakan artis lain bergambar untuk tujuan mempromosikan produknya.

“Salam semua. Info tentang isu yang viral.Nurin dah keluarkan statement minta maaf di Twitter pada 30 April 2021 about gambar yang viral. Sebab taknak panjangkan isu ini lagi, jadi Nurin diamkan diri dan tunggu panggilan polis.

Nurin juga dah call dan juga menjawab panggilan Caprice selama beberapa hari (30 April – 2 May) to give Caprice the updates on this case and how Nurin sedang berusaha nak selesaikan dengan cara yang betul.

Nurin juga dah beri keterangan kepada pihak polis secepat mungkin on 2nd May and dah bagitahu Caprice yang Nurin dah bekerjasama dengan pihak polis.

Tapi Caprice masih memaksa Nurin untuk keluarkan statement yang Nurin tarik keluar anak yatim dan rakan artis lain dari dalam dewan ke luar dewan untuk ambil gambar walhal benda tu tak betul. For your information, walaupun Nurin ialah salah seorang sponsor event tersebut, Nurin memang tak “tarik keluar” anak yatim dan rakan artis lain. Nurin dah nafikan benda ni dekat Caprice sebab Nurin cakap benda ni tak betul. Tapi Caprice masih tak nak terima. Sekian, terima kasih” tulis Nurin

Saling Berbalas Komen Di Instagram

Namun kenyataan itu dinafikan oleh Capricre menerusi ruangan komen. Dakwa Caprice, Nurin hanya menghubunginya selepas kes tersebut tular dan mendapat perhatian media dan pihak polis. Bagaimanapun, ruangan komen hantaran tersebut menjadi tegang apabila kedua-duanya saling berbalas komen mempertahankan diri mengenai isu yang terjadi.

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Astro Gempak, difahamkan Nurin mengaku salah dan mendedahkan dia sudah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 disebabkan kesalahannya tidak memakai pelitup separuh muka ketika sesi bergambar.

Hantar Tuntutan Pada Caprice

Susulan tohmahan yang dilemparkan, Nurin juga mengaku pihaknya menerusi peguam sudah menghantar ‘letter of demand’ (LOD) kepada Caprice pada Khamis. Manakala, pihak Caprice pula meneruskan tindakan saman terhadap pelakon ini.

“Sekarang ini dah jatuh kes fitnah. Reputasi saya dah terjejas. Saya diberitahu LOD sudah sampai ke pejabat Caprice.
“Kita tunggu sama ada tuntutan yang diminta itu dituruti atau tidak. Antara tuntutannya adalah meminta Caprice menarik semula kenyataan yang dilemparkan sebelum ini.
“Namun jika gagal, saya akan teruskan dengan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya. Caprice ada bagitau yang dia juga nak saman saya.. namun setakat hari ini, saya belum menerima apa-apa,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan

Menerusi artikel Murai.my terdahulu, Caprice meminta seorang ‘Instafamous’ tampil bertanggungjawab dan membuat pengakuan kepada pihak polis.

Wanita itu dikatakan telah membawa jurukamera sendiri dan menarik artis-artis dan anak-anak yatim di luar ‘event hall’, untuk bergambar dengan produknya bagi tujuan promosi.

capriceNurin Afiqah
https://lomp.at/7kfab
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore