Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Dipanggil ‘Langsir’? Conan’O Brien Kecewa Apabila BTS J-Hope Tidak Mengenalinya

Conan'O Brien meluahkan kekecewaannya apabila salah seorang ahli kumpulan BTS gagal mengenalinya sewaktu program hiburan.

by Naddy Joe
May 7, 2021
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Hos rancangan televisyen Amerika, pelawak penulis dan produser, Conan’O Brien meluahkan kekecewaannya apabila salah seorang ahli kumpulan BTS gagal mengenalinya sewaktu program hiburan.

Baru-baru ini, Conan O’Brien memuat naik video baru di saluran Youtube “Team Coco”, yang mana berjaya menarik perhatian peminat.

28 Tahun Melakukan Rancangan Bual Bicara

Conan O’Brien turut menjelaskan dalam videonya setelah melakukan rancangan bual bicara selama 28 tahun.

“Kami mengumumkan awal minggu ini bahawa setelah melakukan rancangan bual bicara hari demi hari, kami akan menyelesaikan semuanya di sini pada 24 Jun. Tetapi anda tahu saya harus katakan apabila anda mengalami perubahan seperti ini..Saya mula tertanya-tanya sedikit mengenai 28 tahun di TV, hari demi hari, setiap hari, setiap malam. Apakah impak saya?.”- Conan O’Brien

Memanggil Nama Conan O’Brien Sebagai Langsir (Curtain)

Hos rancangan itu kemudian menyiarkan klip pendek episod Run BTS x The Game Caterers di mana BTS bermain permainan menamakan setiap figura pada foto. Setiap ahli BTS harus menamakan individu terkenal hanya dalam beberapa saat, yang memberikan mereka berada dalam situasi gugup dan tegang.

J-Hope adalah yang pertama pergi dan ditunjukkan foto Conan O’Brien. Sewaktu J-Hope melihat foto itu, dia mula ragu-ragu seketika dan kemudian menjerit nama yang ditekanya.

“Curtain!”- J-Hope

Jawapan yang diberikan oleh J-Hope membuatkan ahli kumpulan yang lain menjerit padanya dan bertanya adakah dia tidak mengenali Conan O’Brien.

“Bagaimana anda tidak dapat mengenali Conan?”- Ahli kumpulan BTS

J-Hope menjelaskan bahawa dia rasa keliru untuk seketika apabila melihat foto itu.

“Saya keliru seketika.”- J-Hope

Kelu Dan Terkejut Kerana J-Hope Tidak Mengenalinya

Conan O’Brien kelihatan kelu dan terkejut kerana J-Hope tidak dapat mengenalinya dalam foto tersebut.

“Dia memanggil saya langsir! Dia mengatakan saya adalah langsir! Saya pernah ke Korea..”-Conan O’Brien

Conan O’Brien terus meluahkan kekecewaannya kerana dia dikenali sebagai hos rancangan Amerika yang sangat terkenal di Korea. Conan terus menjerit,

“Saya terkenal!…Langsir!”- Conan O’Brien

Pelawak itu mengakhiri videonya dengan mengatakan,

“Saya akan dapatkan anda BTS, Saya akan dapatkan anda dengan baik” Conan O’Brien

YouTube video
Malu Nak Pakai Baju Lengan Pendek, BTS Jungkook Dedah Ini Sebabnya...
BTSConan'O BrienJ-hope
https://lomp.at/ukok3
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem