Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diceraikan Menerusi Whatsapp, Fiza Akui Sudah Bercerai Kali Ketiga

Merupakan perceraian ketiga nya , Fiza enggan berkongsi punca perpisahan

by Khai Azfar
May 10, 2021
Share on Facebook

Pelakon Fiza Halim akui sudah berpisah dengan suaminya,Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu. Memetik laporan Berita Harian, Fiza mengunci mulut mengenai status dirinya kerana ingin mencari kekuatan mendedahkan perkara sebenar.

Enggan Berkongsi Punca Perceraian 

Merupakan perkahwinan ketiganya yang juga berakhir perceraian, bagaimanapun Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim enggan berkongsi pada umum mengenai punca perpisahannya dengan juruterbang berstatus duda dua anak itu. Menurut Fiza, mereka bercerai talak satu dan bekas anggota kumpulan Elite ini diceraikan melalui aplikasi Whatsapp.

“Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar… Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa,” katanya kepada portal akhbar tersebut.

Pertimbang Tawaran Baharu 

Akur dengan ketentuan hidupnya yang sudah tiga kali menemui kegagalan dalam perkahwinan, bagi Fiza dia akan meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk mempertimbangkan pekerjaan baharu selepas ini.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,”

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya

Sekadar info, Fiza berkahwin dengan Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Menerusi perkahwinannya pertama nya bersama Ahmed Farriq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12 sebelum disahkan bercerai pada 4 November 2010.

Perkahwinan  Fiza dengan penyanyi Adam, pada September 2013 juga berakhir dengan perpisahan apabila mereka bercerai buat kali kedua pada 21 September 2016. Fiza dan Adam pernah bercerai pada 28 April 2014 namun kembali rujuk pada tahun sama.

fiza elite
https://lomp.at/cfo7s
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara