Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ada Ning Baizura & Rozita Che Wan! HABIB Jenama Barangan Kemas Pertama Punyai Lagu Raya Tersendiri

Lagu dan video muzik ini menggabungkan barisan penyanyi dan pelakon popular

by Khai Azfar
May 10, 2021
Share on Facebook

Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan mencipta sejarah dan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan menampilkan lagu dan video muzik raya khas tersendiri berjudul ‘Irama Aidilfitri’.

Jenama Barangan Kemas Pertama di Malaysia Punyai Lagu Raya

Dengan pelancaran lagu tersebut sekaligus menyaksikan HABIB sebagai jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya.Difahamkan lagu berkonsepkan modern retro’ ini didedikasikan khas sebagai pengubat rindu kampung halaman. Serentak dengan itu risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB turut dilancarkan.

Gabungan Selebriti Terkenal

Menariknya mengenai ‘Irama Aidilfitri’ HABIB ia telah digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael yang juga terlibat dalam penghasilan video muzik ini. Lagu dan video muzik ini menggabungkan barisan penyanyi dan pelakon popular seperti Ning Baizura,Ismail Izzani,Tiz Zaqyah, Julia Farhana Marin, Bunga Ism serta penyanyi naungan Newsantara. Turut kelihatan, duta kempen raya HABIB, Rozita Che Wan turut membuat kemunculan khas selain dimeriahkan oleh hos LIVE HABIB Echa dan Naailah.

YouTube video

‘Irama Aidilfitri’ diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selakunpengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ kini boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
habib jewelslagu rayalagu raya 2021lagu raya habib
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara