Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Nur Sajat Rindu Anak-Anak, Netizen Pujuk Serah Diri Pada Pihak Berkuasa

Kerana kontroversi yang melibatkan dirinya, dia terpaksa cekalkan hati

by Khai Azfar
May 11, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya yang kini terpaksa tinggal berjauhan berikutan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman melarikan diri daripada pihak berkuasa tempatan.

Sajat Rindu Anak-Anak 

Menerusi laman Instagram nya, Sajat berkongsi sebuah video dan akui semakin rindu akan anak angkatnya itu yang juga merupakan pasangan kembar. Namun, kerana kontroversi yang melibatkan dirinya, dia terpaksa cekalkan hati melawan perasaan tersebut.

“Makin rindu anak anak ku…kuat kan hati ini.. rindu teramat amat?” tulis Sajat ringkas

Netizen Pujuk Sajat Serah Diri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Sajat dan anak-anaknya. Namun begitu, dalam masa yang sama mereka turut memujuk usahawan itu untuk kembali ke tanah air dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Ujar segelintir daripada mereka, kesalahan yang dilakukan oleh Sajat bukanlah terlalu besar sehingga memaksa dia melarikan diri.

“Balik lah jat(Sajat). Paling kurang pun bayar saman je. Tak de nya penjara” tulis salah seorang netizen

Menurut pihak polis, Sajat dipercayai bersembunyi di negara jiran selepas melarikan diri kerana dikenakan waran tangkap. Dia dikatakan gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor selepas didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika malam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh(Sajat) didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak..."-Nur Sajat
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nur sajatNur Sajat lari
https://lomp.at/asvjr
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem