Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Korek Cungkil Apa Saya Cakap’- Hatta Dolmat Cabar Netizen Jika Benar Dia Sebut Nama Siti Nurhaliza

Hatta yang tak pasal-pasal menjadi kecaman netizen gara-gara kenyataannya di putar-belitkan

by Phic ARMAN
May 11, 2021
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru hari ini, nama pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menjadi bualan netizen di beberapa blog hiburan yang memiliki jutaan pengikut di media sosial.  Bagi Murai MY, jutaan pengikut ini bukanlah membawa kebaikan namun lebih mengundang kepada perbalahan dan melagakan-lagakan dua pihak sehingga mendatangkan fitnah.

Inilah terjadi kepada Hatta yang tak pasal-pasal menjadi kecaman netizen gara-gara kenyataannya di putar-belitkan sewenang-wenangnya oleh pihak tak bertanggungjawab.

Lebih mengejutkan, Hatta menerima tuduhan kononnya tidak mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu tanah air.

Kenyataan Diputar Belitkan

Foto: Instagram Hatta Dolmat

Murai MY mendekati Hatta untuk mendapatkan sedikit ulasan tentang hal ini sekaligus memberi penjelasan yang dapat menjernihkan keadaan.

“Hatta tahu benda tu dah berlarutan hampir seminggu. Apa pun yang boleh Hatta cakap kenyataan Hatta di putar belitkan. Kalau tengok posting Hatta sebelum ini hanya  pasal Yuna di Time Square New York”- katanya kepada Murai MY.

Hatta berkata, dia sebenarnya hanya mahu menunjukkan rasa bangganya terhadap artis tempatan Yuna Zarai, yang sering mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

“Hatta sebagai rakyat malaysia sangat bangga sebab sekian kalinya Yuna mewakili kita mengharumkan nama Malaysia, tatkala Malaysia penuh dengan berita-berita tak menyenangkan. People all mad we understand.”

Demi mengelakkan kekeliruan di kalangan netizen, Hatta menjelaskan maksud di sebalik posting sebelum ini;

“While Malaysian fans here “ dia penyanyi no 1, oh bukan dia ni penyanyi no satu”- maksud Hatta, kita di sini masih ada lagi melabel labelkan siapa sepatutnya nombor satu sedangkan kelebihan seseorang penyanyi itu tidak boleh nilai berdasarkan siapa nombor 1, itu maksud Hatta.”- ujarnya

Hatta menegaskan, dia tidak sesekali menyebut mana-mana nama dalam posting tersebut. Malah dia tidak menyebut hal ini di mana-mana media.

“Hatta pun tak sekali pun menyebut, tulis atau letak nama Dato Sri Siti Nurhaliza dan tiba-tiba Hatta terus di kecam. Hatta tidak  sebut ini di mana mana media, dan Hatta tak balas mana-mana kecaman sebab Hatta tak perlu jelaskan pada benda yang Hatta tak cakap dan tak buat.”- jelasnya kepada Murai MY

Cabar Netizen

Foto: Instagram Hatta Dolmat

Sementara itu, Hatta mencabar netizen di luar sana jika benar dia ada menyebut nama Siti bolehlah tampil tunjukkan bukti kepadanya.

“Hatta tak tahu dari mana perkataan yang Hatta munculkan nama Dato Siti,  atau ada ke video Hatta cakap cakap directly nama Datuk Siti. Buktikan kalau ada satu nama Datuk Siti dari posting Hatta. Hatta cabar semua netizen. Boleh pergi suruhanjaya komunikasi dan media. Korek cungkil apa Hatta cakap”- katanya.

Akhir sekali, Hatta menitip ucapan buat Siti dan semua peminat dan mendoakan kebaikan kepada semua penyanyi di Malaysia.

“Hatta mendoakan segala kebaikan untuk Datuk Siti dan semua peminat dan Hatta mendoakan juga kebaikan untuk semua penyanyi di Malaysia anda semua ada sesuatu yang hebat yang mewakili bakat dan kebolehan seni tanah air.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
“Saya Tak Pernah Izin, Tapi Muka dan Suara Saya Dijual!” – TokTi Dedah Jadi Mangsa Penipuan AI, Siap Sedia Saman
Hatta Dolmatsiti nurhalizayuna zarai
https://lomp.at/eh1mx
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem