Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tom Cruise Pulangkan Semula Tiga Trofi Golden Globes. Kenapa Ya?

Tiga trofi berprestijnya telah dipulangkan semula kepada penganjur, Hollywood Foreign Press Association (HFPA)

by Phic ARMAN
May 11, 2021
Foto: AP/ Doug Pizac

Foto: AP/ Doug Pizac

42
KONGSIAN
Share on Facebook

Sepanjang kerjayanya, Tom Cruise pernah memenangi tiga trofi Golden Globes. Tetapi sekarang, tiga trofi berprestijnya telah dipulangkan semula kepada penganjur, Hollywood Foreign Press Association (HFPA).

Dilaporkan dari Independent, Selasa (11/5/2021), ketiga-tiga trofi ini telah dipulangkan semula oleh Tom Cruise pada 10 Mei semalam.  Iaitu trofi Pelakon Terbaik yang dimenanginya menerusi Jerry Maguire dan Born on the Fourth of July serta Pelakon Pembantu Terbaik di Magnolia.

Sebelumnya, HFPA dituduh melakukan rasuah dan kurangnya kepelbagaian kaum dalam upacara penganugerahan. Kes itu didedahkan oleh LA Times pada awal 2021.

Seperti diketahui, HFPA telah menunjukkan protes yang kuat kerana tidak ada anggotanya yang berkulit hitam. Bukan hanya pelakon Mission: Impossible  itu sahaja yang memprotes HFPA. Pada tahun 2021 Golden Globes, isu ini malah dilontarkan di pentas oleh dua hos, Tina Fey dan Amy Poehler.

Sejumlah pihak dalam industri hiburan juga telah bersuara. Bos Netflix, Ted Sarandos menulis kepada HFPA bahawa ia menghentikan sebarang aktiviti dengan organisasi itu sehingga ada perubahan yang nyata.

Stesen TV NBC juga menyatakan bahawa ia tidak akan menyiarkan malam puncak acara ini pada tahun 2022. Langkah ini diambil kerana HFPA dianggap tidak dapat melakukan reformasi yang dapat memuaskan kedua-dua studio dan pihak berkepentingan. Stesen TV ini telah menyiarkan Golden Globes sejak tahun 1996.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sofyank Beri Bayangan Bakal Berkolaborasi Dengan Tom Cruise Di Tokyo?
Born on the Fourth of JulyHollywood Foreign Press AssociationJerry MaguireNetflixTed SarandosTom Cruise
https://lomp.at/othkb
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem