• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Aktivis Israel ‘Koyak’ Kena ‘Troll’ Dengan Netizen Malaysia

Dia turut membalas dengan ciapan 'Koyak To You Too'.

by Khai Azfar
May 12, 2021
Share on Facebook

Ketika ini dunia tertumpu pada Palestin yang kini bergolak akibat diserang Israel sejak minggu lalu. Malah tindakan Israel yang menyerang beberapa kawasan di Palestin sehingga menyebabkan puluhan nyawa terkorban dikutuk hebat oleh warganet terutamanya.

‘Koyak To You Too’ Trending 

Biarpun Palestin adalah sebuah negara Islam, namun ramai yang menyatakan solidariti mereka bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk menyerang dan merampas hak penduduk disitu. Terbaharu ciapan “Koyak To You Too” trending sejak awal pagi di laman Twitter berikutan seorang aktivis Israel dikenali Ido Daniel terkesan dengan kecaman pengguna Twitter dari Malaysia.

Isu tersebut bermula apabila seorang netizen meluahkan rasa syukur apabila dua orang warga Israel terbunuh kesan daripada roket yang dilancarkan oleh Gaza. Bagaimanapun, Ido berasa kecewa dan jijik dengan ciapan tersebut selain menyatakan dia menerima banyak kecaman daripada rakyat Malaysia.

“Saya menerima komen yang jijik daripada laporan saya mengenai dua rakyat Israel di Ashkelon terbunuh kesan daripada roket Gaza. Saya lihat kebanyakan daripada mereka adalah dari Malaysia”

“Saya tidak pernah meluahkan rasa gembira apabila menerima perkhabaran kematian orang yang tidak bersalah. Rakyat Palestin bukanlah musuh saya. Rakyat Malaysia bukanlah musuh saya. Jadi kenapa perlu bersorak?” tulis Ido

Ido ‘Koyak’?

Susulan daripada itu, seorang netizen membalas ciapan tersebut dengan menyatakan bahawa Ido ‘koyak’ (terkesan) dengan komen-komen yang ditinggalkan sebelum aktivitis yang berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Israel ini turut membalas dengan ciapan ‘Koyak To You Too’.

Gara-gara komen tersebut, ramai yang terhibur kerana beranggapan Ido tidak memahami maksud ‘koyak’ yang sebenar. Bagaimanapun tegas Ido, dia juga hanya sekadar memerli rakyat Malaysia dengan ciapan tersebut dan menegaskan dia berpendirian teguh bersama Israel.

Dalam perkembangan lain, memetik laporan Berita Harian, Tentera Hamas semalam, menembak roket ke pusat ekonomi Israel, Tel Aviv sebagai balasan terhadap serangan zionis menghancurkan blok menara di Gaza, ketika musuh melakukan serangan senjata paling berat mereka sejak beberapa tahun.

Peningkatan mendadak serangan didorong keganasan di Baitulmaqdis yang membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan tiga warga Israel, manakala ratusan tercedera.

Ido Daniel
https://lomp.at/uz4pq
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore