Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Hebat! 4 Peserta Miss Universe Ini Tampil Yakin Dan Professional Meskipun Terdapat Kesilapan Teknikal Di Pentas Dunia

by Aphit J.
May 16, 2021
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 14 Mei 2021 telah berlangsungnya National Costume Miss Universe Ke-69 di Florida, Amerika Syarikat. Malaysia yang diwakili Francisca Luhong telah membawa tema “KampungKu” dan menjadi bualan orang ramai kerana ada yang mendakwa terdapat masalah teknikal pada persembahan tersebut.

Selain Malaysia, jom lihat negara lain yang juga tampil yakin meskipun terdapat kesilapan teknikal.

Miss Universe Malaysia – Francisca Luhong

via Rojak Daily

Menurut Murai.com, Francisca dilihat begitu yakin dan sangat professional ketika mengendalikan “KampungKu”. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa bangga dengan Francisca malah ada yang memuji wanita berasal dari Sarawak ini begitu tenang dan tidak gelabah.

Miss Universe Philippines – Rabiya Mateo

via Manila Times

Rabiya memakai gaun berinspirasi bendera Filipina oleh pereka Rockey Gathercole. Selesai tamat persembahan, Rabiya yang berusia 24 tahun membuat video live di Instagramnya sambil menjelaskan keadaannya ketika di belakang pentas. Meskipun terdapat sedikit masalah teknikal, Rabiya juga tampil dengan sangat professional.

Miss Universe Myanmar – Ma Thuzar Wint Li

via News Today

Thuzar telah mendedahkan bahawa dia tidak dapat memakai pakaian kebangsaan asalnya setelah beg pakaiannya telah hilang oleh syarikat penerbangan.

Dia memakai pakaian mix and match yang disediakan oleh rakan senegaranya yang menetap di AS. Meskipun begitu, Thuzar kelihatan professional dan berjaya menyembunyikan masalah yang dihadapinya.

Miss Universe Australia – Maria Thattil

via Autralia News

Kostum yang dipergakan oleh Maria diilhamkan oleh angsa hitam Australia dengan menampilkan 105 bulu dan terdapat motor yang membuat sayapnya berputar.

Tetapi sebelum naik ke pentas dia mendapati motor kostumnya rosak dan patah. Meskipun tidak dapat berfungsi dengan baik, Maria tetap yakin dengan apa yang diperagakan.

Tahniah dan syabas kepada semua Miss Universe di atas. Walaupun terdapat masalah teknikal, persembahan mereka kelihatan professional dan berjaya memukau penonton.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Francisca LuhongMa Thuzar Wint LiMaria ThattilRabiya Mateo
https://lomp.at/rx3mz
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem