Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Busana Asal Telah Hilang, Ini Kisah Pemenang ‘Best National Costume’ Miss Universe 2020

Miss Myanmar berjalan megah di atas lantai peragaan sambil memegang sepanduk 'Doa Untuk Myanmar'

by Khai Azfar
May 17, 2021
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain pengumuman Miss Universe 2020 yang disandang oleh Andrea Meza, Miss Universe Mexico sebentar tadi perhatian turut tertumpu pada acara ‘Best National Costume’ yang dipertandingkan pada Jumaat lalu.

Miss Myanmar Menang Best National Costume

Tanpa perlu mengenakan busana yang melarat mahupun aneh, Miss Myanmar Thuzar Wint Lwin telah memenangi kategori tersebut. Ketika acara itu berlangsung, Lwin kelihatan cantik memakai baju kebangsaan Myanmar berjalan megah di atas lantai peragaan sambil memegang sepanduk ‘Doa Untuk Myanmar’. Difahamkan sepanduk tersebut membawa mesej keamanan khas berikutan Myanmar kini berhadapan dengan krisis politik sehingga menyebabkan lebih dari 780 nyawa terkorban dalam protes tersebut.

Beg Busana Hilang, Terpaksa Pinjam Baju

Di sebalik acara tersebut, ramai yang mempertikaikan kemenangan Lwin berbanding dengan perwakilan lain yang memakai busana yang lebih hebat. Namun, siapa sangka ia bukanlah kemenangan yang mudah buat Miss Universe Myanmar kerana dia terlebih dahulu berhadapan dengan detik sukar tibanya di Florida.

Ini kerana beg yang dibawa bersama telah hilang akibat kecuaian pihak syarikat penerbangan yang dinaikinya. Lebih menyedihkan, kesemua busana termasuk ‘baju kebangsaan’ yang asal telah hilang.

national costume dan evening gown yang seharusnya dipakai oleh Miss Myanmar sebelum ia hilang – Via Facebook Miss Universe Myanmar

Berikutan itu, Lwin terpaksa meminjam pakaian daripada beberapa peserta manakala pihak penganjuran membantunya mencari gaun petang bagi acara yang dipertandingkan tersebut.

Bagi baju kebangsaan pula, Lwin berterima kasih kepada rakyat Myanmar yang menetap di Florida kerana meminjamkan busana tersebut. Hasilnya, baju kebanggaan rakyat itu berjaya mengalahkan ratusan busana yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Best National CostumeBest National Costume 2020Miss Universe MyanmarMiss Universe Myanmar 2020
https://lomp.at/1t93a
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem