Tuesday, May 24, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Perbicaraan Kes Saman Fitnah Abu Syafiq & Amin Idris Bermula Esok

Perkara tersebut disahkan oleh peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan

by Zaidin Albert
May 19, 2021
Perbicaraan Kes Saman Fitnah Abu Syafiq & Amin Idris Bermula Esok
Share on Facebook

Kes saman fitnah siber penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq akan bermula esok, 20 Mei di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pengacara Amin Idris berhubung dakwaan ‘postings’ dan kenyataan fitnah yang diterbitkan di laman media sosial milik pengacara tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes,” kata Nurul Hafidzah.

Pada bulan Mei tahun lepas, plaintif, Abu Syafiq memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu, mendakwa ‘postings’, kenyataan palsu dan fitnah yang diterbitkan oleh kedua-dua defendan telah menjatuhkan imej, reputasi dan jenama peribadi beliau.

IKLAN

Foto: Sensasi Selebriti

Menurut laporan berita tahun lepas, kes saman tersebut dibawa ke mahkamah bagi membersihkan nama Abu Syafiq dan bagi membuktikan kebenaran yang beliau tidak bersalah. Plaintif mendakwa tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh kedua-dua defendan melalui ‘postings’ dan kenyataan yang telah diterbitkan oleh mereka.

Laporan itu juga memetik Abu Syafiq telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun gagal.

Abu Syafiq seterusnya mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana beliau tidak pernah membuat kenyataan-kenyataan seperti yang didakwa.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: amin idrisUstaz Abu Syafiq
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!
Hollywood

Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

by Zaidin Albert
May 23, 2022

Nama Oksana Voevodina menarik perhatian beberapa tahun lalu apabila perkahwinannya dengan kerabat di raja Malaysia menggemparkan warga dunia maya. Ketika...

Read more
“Makin Nampak Sedap Pula…” – Ustaz Ebit Lew Makan Waffle Sos Coklat Guna Tangan Buat Netizen Terliur?
Lokal

“Makin Nampak Sedap Pula…” – Ustaz Ebit Lew Makan Waffle Sos Coklat Guna Tangan Buat Netizen Terliur?

by Raff Ali
May 23, 2022

Perkongsian video pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menikmati waffle bersama sos coklat mencuri tumpuan netizen. Bersahaja Manakan tidak, kebiasaannya orang...

Read more
Siti Saleha Ucap Selamat Tinggal Pada Mia Adriana, Peminat Tinggalkan Ucapan Menyentuh Hati
Selebriti

Siti Saleha Ucap Selamat Tinggal Pada Mia Adriana, Peminat Tinggalkan Ucapan Menyentuh Hati

by Mas Ayu
May 23, 2022

Pelakon berbakat terkenal, Siti Saleha mengucapkan selamat tinggal pada Mia Adriana setelah tiga musim membawa watak utama itu bagi drama...

Read more
Selepas Netizen Syak Anak Pendakwah Bercium Dalam Video Tular, Terbaharu ‘Kantoi’  Kekasihnya Mengaku Seorang Transgender?
Gossip

Selepas Netizen Syak Anak Pendakwah Bercium Dalam Video Tular, Terbaharu ‘Kantoi’ Kekasihnya Mengaku Seorang Transgender?

by Zaidin Albert
May 23, 2022

Dalam beberapa hari ini agak kecoh di kalangan warganet membincangkan isu video tular yang memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa mirip...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  4. 4

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

  5. 5

    Zul Ariffin Kongsi Gambar Berjoging, Ini Yang Netizen Perasan Pada Gambar Tersebut

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera