Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

#PenjarakanNeelofa, Lebih 15 Ribu ‘Sign’ Petisyen Mahu Neelofa Dipenjarakan

Angka tersebut terus meningkat setiap masa sebelum mencapai sasaran 25 ribu tandatangan.

by Khai Azfar
May 20, 2021
Share on Facebook

Netizen di media sosial terus menunjukkan amarah mereka terhadap Neelofa dan keluarga nya berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang tidak membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi Aidilfitri dilakukan.

Petisyen #PenjarakanNeelofa Diwujudkan

Malah Neelofa dan suami, PU Riz pernah didakwa dengan isu yang sama (melanggar SOP) beberapa kali sebelum ini. Terbaharu, seorang netizen telah mewujudkan petisyen secara di atas talian, ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ kerana kecewa dengan sikap selebriti itu dan keluarganya.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen tersebut

Sasaran 25 Ribu Tandatangan Petisyen Bakal Dicapai?

Menerusi carian Murai.my, sehingga artikel ini ditulis lebih 15 ribu pengguna media sosial telah menandatangani petisyen tersebut sebagai tanda setuju sekiranya Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahan melakukan kesalahan yang sama berulang kembali. Malah, angka tersebut terus meningkat setiap masa sebelum mencapai sasaran 25 ribu tandatangan.

Bakal Didakwa Hari Ini

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa dan PU Riz akan didakwa di Mahkamah Seremban, hari ini atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dua pertuduhan berkenaan ialah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Topik Berkaitan [VIDEO] Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Curi Perhatian Netizen!-"Sebab Tu Kita Kena Kaya.."

Kedua-dua mereka akan dituduh mengikut Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaPU Riz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara