Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tak Sangka! Lady Gaga Dedah Dirogol Produser Muzik Ketika Usia 19 Tahun

Mereka akan "membakar" semua muziknya jika dia tidak mengikut arahan.

by Naddy Joe
May 21, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi antarabangsa, Lady Gaga mendedahkan bahawa seorang produser telah mengugut untuk “membakar” semua muziknya jika dia tidak menanggalkan pakaiannya ketika berusia 19 tahun. Produser muzik itu turut merogolnya ketika dia masih remaja.

Diugut Untuk “Membakar” Semua Muzik Jika Tak Ikut Arahan

Menurut Insider, Penyanyi berusia 35 tahun itu bercakap mengenai serangan seksual yang dialaminya di dokumentari Putera Harry dan Oprah Winfrey “The Me You Can’t See”, yang dirilis di Apple TV+.

“Saya berumur 19 tahun, dan saya terlibat dalam sebuah urusan. Seorang produser berkata saya,’Tanggalkan pakaian anda’. Saya berkata,’Tidak’, dan saya berlalu pergi.”-Lady Gaga

Lady Gaga turut mendedahkan bahawa produser muzik itu terus memberitahunya bahawa mereka akan “membakar” semua muziknya jika dia tidak mengikut arahan.

“Mereka tidak berhenti, tidak berhenti meminta kepada saya untuk melakukannya. Saya hanya membeku dan saya sudah tidak ingat.”-Lady Gaga

Tidak Akan Dedah Nama Produser 

Bertahun-tahun kemudian, Lady Gaga masih tidak mendedahkan nama produser tersebut dan mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk mengenalpastinya secara terbuka.

“Saya tidak mahu berhadapan dengan orang itu lagi. Ia seperti saya cuba untuk memadamnya dari otak saya. Dan bila ia keluar, ia seperti raksasa yang besar dan hodoh. Dan anda harus menghadapi raksasa itu untuk sembuh.”-Lady Gaga

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tak Macam Diva Malaysia, Lady Gaga "Santai" Makan di Medan Selera Sahaja
lady gaga\
https://lomp.at/11tsy
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem