Friday, September 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Nurulhidayah Dikecam Selepas Pertahan Isu Pemakaian ‘Mask’ Wanita Berpurdah

Kenyataan Nurul telah disangkal oleh seorang netizen yang menetap di Singapura

by Khai Azfar
May 21, 2021
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid teruk dikecam di media sosial berikutan komennya mengenai isu pemakaian pelitup muka di kalangan wanita yang berpurdah.

Nurul Pertahan Wanita Berpurdah

Menerusi tangkap layar yang tular di media sosial, Nurul membalas komen netizen dipercayai seorang doktor mengenai kewajipan memakai pelitup muka kepada semua golongan termasuklah buat mereka yang berpurdah. Jelas Nurul, mereka yang mengenakan purdah ini sudah sedia maklum mengenai etika dan akan mengelakkan diri daripada berada di tempat yang dikunjungi oleh ramai orang.

“Doktor, orang yang berniqab akan automatically elakkan diri daripada crowd(tempat sesak). So much things(terlalu banyak perkara) yang akan berlaku. Only those(Hanya mereka) yang pakai sahaja akan tahu. Dont make it fuss(Jangan buatkan ia rumit)” tulisnya

Dikecam Selepas Salah Bagi Info

Malah anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini turut memberi contoh rakyat di Singapura yang mana pemakaian topeng pelitup muka hanya dikenakan buat mereka yang berada dalam keadaan sihat.

“Even di Singapore(Malah di Singapura), hanya yang tak sihat sahaja pakai mask(topeng pelitup muka). Yang sihat they free without mask(mereka bebas tanpa topeng pelitup muka). This is what I’ve been told by a friend who live in Singapore(Ini apa yang saya diberitahu oleh rakan yang menetap di Singapura). By the way thank you for your kind concern(Apa pun terimas kasih atas keprihatinan anda)” tulisnya lagi

Bagaimanapun, kenyataan Nurul telah disangkal oleh seorang netizen yang menetap di Singapura. Berkongsi tangkap layar mengenai peraturan di negara itu, pemakaian topeng pelitup muka telah diwajibkan buat mereka yang berada di Singapura. Malah ia turut disokong oleh netizen lain yang akui peraturan di sana jauh lebih ketat.

“Dulu Tidur Sebelah Mama Siap Kerja Sekolah” – Neelofa Dedah Rahsia Kejayaan Datang Dari Doa Ibu

Semalam, tular foto Neelofa di Mahkamah Majistret Seremban selepas kelihatan bentuk bibir dan hidung dengan jelas biarpun memakai purdah.

Via Malaysia Gazette

Difahamkan kononnya bentuk tersebut kelihatan jelas kerana usahawan itu tidak memakai topeng pelitup muka. Neelofa dah suami hadir ke mahkamah atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

neelofaNurul Zahid
https://lomp.at/en4bu
Share31Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Noreen Iman Kongsi Kenangan Manis- “Amira Othman Senior Aku di Sekolah Lama”

  4. 4

    Didi Astillah Bagi Hint, Bella Astillah Bakal Berkahwin?-“Tak Lama Lagi Akan Disatukan…”

  5. 5

    Pelakon Lelaki Popular Komen Perubahan Dahlia – “Redha Je lah’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem