Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Hampir Tak Kenal! 5 Selebriti Ini Tampil Berbeza Demi Watak Yang Dilakonkan

by Aphit J.
May 23, 2021
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Salah satu kejayaan sesebuah filem adalah peranan yang dimainkan oleh pelakon dalam menjayakan watak mereka. Menurut Brightside, 5 selebriti ini pernah melakukan perubahan drastik demi menghasilkan sebuah karya yang pastinya diingati oleh orang ramai.

Jared Leto — Dallas Buyers Club (2012)

via Brightside

Jared Leto kehilangan berat hampir 14 kilogram untuk peranannya dalam filem Dallas Buyers Club. Hasil usaha itu, telah membawanya memenangi Oscar. Sepanjang tempoh pengambaran, dia sentiasa membawa wataknya itu termasuklah ketika keluar membeli belah untuk barangan runcit di pasaraya.

Gwyneth Paltrow — Shallow Hal (2001)

via Brightside

Untuk peranannya sebagai wanita gemuk dalam filem Shallow Hal pada tahun 2001, Paltrow terpaksa berdepan dengan tempoh solekan yang lama sehinnga lebih 4 jam. Bukan itu sahaja, menurut Brightside, dia juga berjalan keluar di khalayak ramai demi memastikan tidak ada orang yang mengenalinya.

Jake Gyllenhaal — Southpaw (2015)

via Brightside

Untuk filem Southpaw, pelakon muda itu terpaksa melakukan perubahan drastik demi watak sebagai peninju. Dia melakukan workout setiap hari selama 5 bulan dengan melakukan 2000 sit-up sehari, larian sejauh 12 km, dan latihan lain demi menjayakan wataknya itu.

Tom Hanks — Philadelphia (1993)

via Brightside

Tom Hanks, yang melakukan peranan sebagai pesakit AIDS, harus kehilangan hampir 14 kilogram untuk tampil sama seperti apa yang dikehendaki oleh pengarah filem. Menurut Brightside, Matthew McConaughey pernah berhubung dengan Hanks untuk mendapatkan nasihat sebelum melakonkan watak dalam filem Dallas Buyers Club.

Christian Bale — American Hustle (2013) dan The Machinist (2004)

via Brightside

Christian Bale pernah kehilangan hampir 30 kilogram untuk memainkan wataknya dalam filem Machinist. Pada asalnya penerbit filem mendakwa bahawa Bale sebenarnya ingin turun hingga 45 kilogram, tetapi mereka tidak akan membiarkannya kerana bimbang kesihatannya boleh merosot terlalu banyak dan bahaya untuk dirinya.

Dakota Johnson & Chris Martin Berpisah Selepas 8 Tahun Kerana Sebab Ini?

Pada tahun 2013 untuk filem American Hustle, dia telah memperoleh berat badan lebih dari 18 kilogram dengan hanya memakai pai dalam menu hariannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
christian baleGwyneth PaltrowJake GyllenhaalJared LetoTom Hanks
https://lomp.at/wlx0x
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem