Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sakit Kepala Fikir Dah!”- Fizz Fairuz Bengang Rakyat Dipersalahkan Tak Ikut SOP

Fizz mempersoalkan bagaimana varian ini boleh memasuki negara ini padahal pintu sempadan telah ditutup.

by Zaidin Albert
May 24, 2021
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa bimbangnya mengenai varian COVID-19 yang  telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), dan India setakat ini.

Di IG Storiesnya, Fizz mempersoalkan bagaimana varian ini boleh memasuki negara ini padahal pintu sempadan telah ditutup.

“Varian UK, varian India,  macam mana benda ini masuk Malaysia ek? Sampai ke pagi aku fikir, sempadan Malaysia tutup kan? Habis macam mana boleh masuk? Kalau tak masuk tak dapat varian ini kan? “- soalnya di IG Stories.

Tambahnya lagi, dia merasa sedih melihat nasib keluarga yang kehilangan orang tersayang disebabkan Covid-19.

” Ya Allah, sedih tengok ramai meninggal disebabkan Covid ini. Semakin takut pula, kita ada keluarga. Ya Allah jauhi lah kami semua dari virus ini”- luahnya.

Fizz berpendapat, rakyat Malaysia telahpun menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk patut SOP namun varian-varian ini tetap boleh masuk ke Malaysia.

” Aku rasa rakyat Malaysia dah patut SOP. Semua tak balik kampung, semua duduk rumah, ikut SOP, PKP lockdown kendiri. Tak pergi tempat sesak pun. Kes meningkat hampir 7K. Varian itu, varian ini.

“Yang peliknya, macam mana varian-varian ini boleh masuk Malaysia, padahal benda itu dari luar negara. Sakit kepala fikir dah, salah rakyat juga ke?”

Menurut laporan dari Astro Awani, varian India yang dikesan mempunyai mutasi berganda setakat ini berjaya dikesan dan melibatkan seorang pekerja asing yang pulang dari negara itu pada 10 April lalu. Bagaimanapun, kes berkenaan berjaya dikesan dan diasingkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fizz Fairuz Beri 'Hint' DJ Lin Berada Dalam Keadaan Tidak Sihat?-"Jauhkanlah Dia Dari Segala Hasad Dengki..."
Almy NadiaCovid19Datuk Fizz FairuzFizz Fairuzinstagram
https://lomp.at/az9r7
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem