Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Mira Filzah Tegur Netizen Mengenai Vaksin, Azfar Heri Pula Yang Kena Maki

Azfar telah dikecam oleh netizen yang mengungkit kembali isu SOP yang terpalit dengannya sebelum ini

by Khai Azfar
May 25, 2021
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Kesabaran pelakon dan pengacara Mira Filzah,28 sampai ke kemuncaknya apabila dia tampil menegur secara terbuka terhadap seorang remaja perempuan yang sebelum ini tular menyebarkan khabar angin engenai punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin kononnya akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

Mira Titip Pesanan

Menerusi laman Twitter nya, Mira menasihati orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang hantaran di media sosial.

“Nak cakap ke tak ehh. Haih. Cakap lah”
“Boleh tak yang nak post apa apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” tulis Mira di Twitter

Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Mira mengenai isu tersebut memandangkan kerajaan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin dan dengan berita tersebut sedikit sebanyak akan membuatkan sesetengah pihak berasa tidak yakin untuk menerima vaksin COVID-19 biarpun diberi secara percuma.

Azfar Kena Maki

Namun begitu, di ruangan komen, personaliti media sosial Azfar Heri yang turut bersetuju dengan pendapat Mira pula menerima nasib sebaliknya. Ini kerana Azfar telah dikecam oleh sesetengah pihak yang mengungkit kembali isu pelanggaran SOP yang terpalit dengannya tidak lama dahulu ketika menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel. Menerusi carian Murai.my, komen tersebut telah pun dipadam oleh Azfar tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, Azfar menegaskan bahawa dia sentiasa memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung melainkan ketika bergambar dan makan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Sebagai info, baru-baru ini tular video seorang remaja yang dikenali sebagai Aqila Yusri mendakwa punca kematian Allahyarham Haziq adalah berpunca daripada saluran darah tersumbat gara-gara pengambilan vaksin AstraZeneca. Difahamkan, polis kini sedang mengesan wanita tersebut bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Azfar Herimira filzah
https://lomp.at/yot4y
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem