Saturday, May 27, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Isu Kalimah Allah Dalam Lagu : Joe Flizzow Dedah Jay Electronica Orang Islam, Henti Sebar Fitnah

Dedah Joe, ia tidak seharusnya menjadi isu

by Khai Azfar
May 28, 2021
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, nama penyanyi rap popular Joe Flizzow trending di laman Twitter berikutan lagu kolaborasi bersama Jay Park, Jay Electronica dan DJ Begun, Twisted Dreams dikecam kerana menggunakan kalimah Allah.

Joe Dedah Jay Electronica Beragama Islam

Menerusi Insta-story nya, Joe akui dia ada membaca komen di media sosial yang mengaitkan isu tersebut dengan dirinya. Dedah Joe, ia tidak seharusnya menjadi isu kerana Jay Electronica seorang yang beragama Islam. Malah lirik tersebut juga tidak membawa sebarang makna yang tidak baik atau menghina agama.

“Apa khabar semua? Jadi saya membaca beberapa komen di Twitter. Mereka baru tahu lagu saya dengan Jay Park, Jay Electronica dan mereka mempersoalkan mengapa Jay Electronica menggunakan atau menyebut kalimah Allah dalam lagu beliau dan orang marah”

“Jawapannya kerana dia orang Islam. Jadi sebelum membuat andaian atau menunding jari, fikir betul-betul sikit. Saya rasa itu hak dia nak sebut nama Allah, janganlah membuat fitnah,tak baik” jelas Joe

Biarpun bukan bahagian nyanyiannya yang menjadi kontroversi, namun Joe mewakili Jay ingin menjelaskan lebih lanjut kepada orang ramai mengenai isu tersebut.

“Saya buat pencerahan untuk dia (Jay Electronica). Pertama sekali bila dengar lagu rap atau membaca sebuah buku dan surat khabar, jangan baca headline(tajuk) saja. Baca isi kandungan sepenuhnya”

“Dia cakap(lirik) ‘Astaghfirullah, All we want is salam salam, but others giving out is haram-haram’.

“Menerusi lagu berkenaan terdapat bahagian lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica berbunyi ‘All we want is salam salam, but others giving out is haram-haram’. Diterjemahkan, apa yang kita nak cuma bersalaman dengan ramai orang, tapi ada sesetengah orang yang beri benda haram.Itu saja dan saya harap ia jelas” katanya lagi

flizzow's explanation on jay electronica's twisted dreams verse (rough trans) pic.twitter.com/Vq1zZt8yyd

— leya (@sojuremix) May 27, 2021

Jay Park Mohon Maaf

Sebagai info, nama Joe terpalit selepas trending mengenai isu Jay Park menyebut nama Allah dalam lagu Mukbbang Remix. Netizen menganggap lirik nyanyian Jay Park yang menyebut ‘worship me like Allah’ seperti tidak menghormati agama Islam.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak sensitif Jay Park dan mengaitkan Joe kerana tidak menasihatinya. Bagaimanapun, Jay Park tampil membuat permohonan maaf dan memberitahu lirik tersebut tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak apatah lagi mempersendakan agama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Jay ElectronicaJay Park Kalimah Allahjoe flizzow
Share8Tweet5SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto: Instagram @flizzow
Selebriti

“Nakal Takpe Jangan Jahat!”- Mantan Guru Besar Masih Ingat Joe Flizzow

by Puteri Alia
November 30, 2021
Fesyen

Intip Harga Sneakers Giuseppe Zanotti Edisi Terhad Joe Flizzow & SonaOne!

by Khai Azfar
November 19, 2021
Gossip

“Elok Berhenti Jadi Artis”- Joe Flizzow Beri Pesanan Padu Buat Artis Yang Mahu Jadi Ahli Politik

by Naddy Joe
November 5, 2021
Foto - Instagram @bront_palarae/@nazrudinrahman/@yusryabdhalim
Lokal

Netizen Kecewa Tidak Ramai Selebriti Lelaki Bersuara Isu Seksual Pada Wanita

by Puteri Alia
October 21, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan