Saturday, June 3, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Selain Taylor Swift, 4 Selebriti Ini Ditinggal Pasangan Hanya Melalui Telefon!

Taylor Swift menceritakan bahawa dia pernah ditinggalkan oleh Joe Jonas hanya melalui telefon sahaja

by Naddy Joe
June 1, 2021
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift menceritakan bahawa dia pernah ditinggalkan oleh Joe Jonas hanya melalui telefon sahaja. Selain Taylor Swift, 4 selebriti Hollywood ini juga ditinggalkan oleh pasangan mereka hanya melalui telefon. Siapakah selebriti Hollywood yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Kim Kardashian

via LAN

Sebelum bertemu dengan Kanye West, Kim Kardashian pernah berpacaran dengan pemain bola sepak Amerika, Reggie Bush dari tahun 2007 sehingga tahun 2010. Walaubagaimanapun, Kim telah ditinggalkan oleh Reggie melalui tiga mesej pendek yang dihantar oleh Reggie.

“Dia menghantar tiga mesej yang mengatakan bahawa dia memerlukan masa dan ruang, dan itu bukan kamu, ini saya.”- Kim Kardashian

Perrie Edwards Little Mix

Salah seorang ahli kumpulan Little Mix, Perrie Edwards berpacaran sehinggalah dia bertunang dengan Zayn Malik. Namun, Zayn Malik tiba-tiba menghantar mesej ringkas kepada Perrie dan meminta untuk memutuskan pertunangan mereka.

Perrie mengakui bahawa setelah mendapat breakup message dari Zayn Malik, itu adalah waktu yang paling buruk dalam hidupnya.

Selena Gomez

Selena Gomez dan The Weeknd berpacaran kurang dari setahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada November 2017. Dilaporkan perpisahan itu dilakukan hanya melalui satu panggilan telefon sahaja. Setelah berita perpisahan tersebar, sumber TMZ mendakwa The Weeknd telah menelefon Selena Gomez untuk mengakhiri hubungan mereka.

Ariana Grande

Sewaktu temubual Ariana bersama Complex pada tahun 2013, dia disoal mengenai cara terburuk dia pernah ditinggalkan. Ariana Grande kemudian mengkui bahawa dia telah ditinggalkan hanya melalui mesej ringkas sebelum Ariana muncul pada pembukan konsert jelajahnya.

Walaubagaimanapun, Ariana tidak pernah mendedahkan dengan siapa dia putus, tetapi peminat membuat spekulasi bahawa ia mungkin seorang Youtuber Jai Brooks, yang berpisah dengannya pada tahun 2013.

Taylor Swift

Hubungan Taylor Swift dan Joe Jonas pada tahun 2008 sangatlah pendek. Tetapi hubungan mereka telah memberi inspirasi kepada Taylor Swift untuk menghasilkan beberapa buah lagu untuk album Fearless, terutamanya setelah Joe meninggalkannya melalui telefon.

Taylor Swift pernah menyebut Joe sebagai lelaki yang memutuskan hubungan dengannya hanya melalui telefon dalam 25 saat ketika dirinya berusia 18 tahun. Pada Mei 2019, Taylor telah meminta maaf kepada Joe ketika tampil dalam rancangan The Ellen Degeneres Show.

“Ia berlaku ketika saya berusia 18 tahun. Kini kami hanya ketawa mengenai hal ini.”- Taylor Swift

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER ariana grandeJoe Jonaskim kardashianperrie edwardsSelena GomezTaylor SwiftThe Weekndzayn malik
Share11Tweet7SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - SCMP
Cinta

Selain Taylor Swift-Joe Alwyn, Selebriti Ini Pun Putus Selepas 5 Tahun Bercinta

by Soph Azz
April 18, 2023
Foto -Cosmopolitan
Hollywood

Ini Ke Sebab Sebenar Kenapa Taylor Swift-Joe Alwyn Putus Selepas 6 Tahun Bercinta?

by Soph Azz
April 12, 2023
Foto - Pinterest
Fesyen

6 Gaya Kim Kardashian Yang Tutup Litup, Tengah Belajar Tutup Aurat Ke?

by Soph Azz
April 4, 2023
Foto - Getty
Fesyen

Bukan Biasa-Biasa Kostum Konsert Taylor Swift. Ada Roberto Cavalli, Oscar de la Renta, Versace…

by Lisa Ghani
March 22, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  3. 3

    Penampilan Aina Abdul Di Big Stage ‘Disindir’ Diva AA?-“Model Paling Hodoh….”

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan