Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Berikut 7 Hotel Terbaik Di Dunia Menurut TripAdvisor, No 4. Paling Memukau Jiwa

by Puteri Alia
June 1, 2021
Foto - Instagram

Foto - Instagram

Share on Facebook

Seronoknya kalau dapat pergi bercuti tahun ini dan menginap di hotel-hotel yang mewah dan menarik, pastinya ia menjanjikan pengalaman menginap yang mengagumkan.

Kalau tak ada pendemik memang ramai yang dah seronok berjalan sakan tapi dengan penularan Covid-19 memaksa kita semua terkurung dalam kediaman masing-masing.

Meskipun begitu, ini tidak bermakna kamu tidak boleh buat wishlist dan kumpul bajet untuk pergi melancong serta menginap di hotel terbaik dunia.

TripAdvisor sebagai laman pelancongan terbesar di dunia sering berkongsi cadangan hotel, percutian dan perjalanan terbaiknya. Pada pertengahan 2021, laman web ini sekali lagi akan mengadakan Anugerah Pilihan Pengembara yang merangkumi ulasan dari pengunjung sebagai penilaian utama.

Salah satu kategorinya adalah hotel terbaik di dunia yang bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai perkhidmatan terbaik.

Ini antara 7 hotel yang mendapat yang disenaraikan dan mungkin kamu boleh masukkan dalam wishlist untuk pergi melancong nanti.

#1 Hotel Colline De France

Foto – Instagram @collinedefrance

Hotel gah ini terletak di Brazil rekaan hotel yang mewah bak istana ini digelar sebagai salah satu hotel terbaik dunia, apatah lagi layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang top class!

#2 Mandapa A Ritz-Carlton Reserve

Foto – Instagram @mandarareserve

Terpukau melihat keindahan alam semula jadi hotel yang satu ini, hotel Mandapa ini terletak di Ubud, Bali, Indonesia. Tempat penginapan ini memang menjadi tumpuan pelancong bagi menikmati dunia semulajadi yang menghijau dan tenang.

#3 Hotel Gardena Grodnerhof

Foto – Instagram @gardenagrodnerhof

Sukakan penginapan bercirikan rekaan Eropah, tetapi dalam masa yang sama dapat menikmati memandangan alam semulajadi empat musim. Hotel Gardena Grodnerhof yang terletak di kawasan pergunungan Dolomites, Itali ini menjadi pilihan ramai pelancong dunia.

#4 Hotel The Legian

Foto – Instagram @thelegianbali

Satu lagi hotel yang menarik di Bali, indonesia iaitu hotel The Legian yang menyajikan panorama yang mengasyikkan terutama di waktu senja. Hotel yang berhadapan dengan laut nan biru ini, menjanjikan pengalaman menginap yang tenang dan memuaskan jiwa raga.

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

#5 Kandolhu

Foto – Instagram @kandolhu

Resort yang ini pula memang cukup terkenal di Maldives, panorama yang dikelilingi lautan biru dan di temani dengan haiwan akuatik serta terumbu karang menjadikan resort ini destinasi percutian buat kaki travel dari seluruh dunia.

#6 Sani Resort

Foto – Instagram @sani_resort_official

Ingin menyelam dan bermain di pantai Halkidki, Greece? Nah, resort Sani ini destinasi terbaik untuk menginap apatah lagi rekaan resort yang bercirikan tropikal membuatkan ramai kaki travel jatuh cinta dengan resort unik ini.

#7 Hotel Achtis

Foto – Instagram @achtis_hotel

Satu lagi hotel yang terlertak di Greece, hotel ini menampilkan rekaan dan dekorasi yang unik dengan sedikit sentuhan semulajadi tropikal.

Terbaiklah, harap-harap satu hari nanti dapat jejaklah salah satu hotel ini bila pandemik dah reda nanti.

hotelresorttripadvisor
https://lomp.at/gqokp
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara