Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terlantar Di Hospital, Marsha Akhirnya Dedah Alasan Rahsiakan Dirinya Positif COVID-19

by Soph Azz
June 1, 2021
Foto - Popnable

Foto - Popnable

122
KONGSIAN
Share on Facebook

Tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah disahkan menghidapi COVID-19 pada awal Mei baru ini.

Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di Hospital Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan

Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar.

Foto – @marshamilan (Instagram)

“Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.

Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang Pesakit COVID-19

Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses kuarantin, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.

Foto – mStar

Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentuanya menjadi salah satu korban COVID-19 pada baru-baru ini.

Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta sakit kepala.

Foto – @marshamilan (Instagram)

Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER covid-19marsha milan londohmarsha milan londoh covid-19pelakon marsha milan londohpenyanyi marsha positif covid-19
Share49Tweet31SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Malaysia

Warganet Ramal Episod Ramadhan Dan Raya Di Rumah Berulang

by Haz Haan
January 3, 2023
Kesihatan

KKM Saran Teruskan Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup?

by Haz Haan
November 1, 2022
Gossip

Eina Azman Positif COVID-19 Buat Kali Kedua

by Khai Azfar
March 17, 2022
Foto - Instagram @kementeriankesihatanmalaysia
Lokal

“Kurangkan Kebergantungan Kepada Ujian RT-PCR”- Khairy Jamaluddin

by Puteri Alia
March 15, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan