Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Park Myung Soo Terima Kecaman Netizen Korea Setelah Sokong Hubungan Lee Seung Gi

Netizen Korea percaya sokongannya "tidak sesuai".

by Naddy Joe
June 2, 2021
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan DJ Korea, Park Myung Soo sedang menjalani penggambaran untuk program radionya, Park Myung Soo’s Radio Show. Dan seperti biasa dia akan memberi komen terhadap isu semasa yang sedang berlaku.

Dia kemudian membincangkan mengenai berita hangat hubungan Lee Seung Gi dengan aktres Lee Da In. Walaupun Park Myung Soo memberikan komen positif, dia tetap menerima kecaman kerana menyokong pasangan tersebut.

Mahu Melihat Lee Seung Gi & Lee Da In Berkahwin

Menurut Insight, sewaktu bersiaran program radionya, Park Myung Soo memberikan komen galakan yang mahu melihat Lee Seung Gi dan Lee Da In berkahwin.

“Sama ada mereka mahukan ia menjadi umum atau tidak, ianya sudah didedahkan. Sejak ia berlaku, saya mahu ia berjalan lancar dan ingin melihat mereka berkahwin.”-Park Myung Soo

Menerima Kecaman Netizen Korea

Walaupun dia memberikan mesej pendek yang penuh dengan sokongan terhadap pasangan itu, akaun media sosial Park Myung Soo mula mendapat serangan komen jahat dari netizen Korea. Mereka percaya bahawa penyanyi dan DJ itu telah “melampau batas” dengan komennya yang tidak sesuai.

“Park Myung Soo-sshi, anda harus menggunakan budi bicara. Anda tidak sepatutnya menyebut Lee Seung Gi dan perkahwinan. Tidakkah anda tahu bahawa orang ramai kecewa kerana keluarga teman wanitanya. Saya benar-benar kecewa.”- Netizen Korea

“Park Myung Soo-sshi! Apa yang anda katakan mengenai Lee Seung Gi buat saya benar-benar kecewa. Seluruh negara menentangnya, tetapi anda mahu mereka berkahwin? Nasihat yang tidak sopan.”-Netizen Korea

“Myung Soo-sshi, saya rasa anda sudah melampaui batas dengan ini. Saya fikir anda harus menggunakan budi bicara sebelum bercakap secara terbuka. Seluruh negara bimbang mengenai hal itu, tetapi mengapa anda berkongsi mesej sokongan?-Netizen Korea

via Insight

Ramai netizen Korea memprotes hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In kerana Lee Da In dikatakan berasal dari “keluarga penjenayah, dan penderitaan yang akan dihadapi oleh Lee Seung Gi dalam menjaga reputasinya.

lee da inlee seung giPark Myung Soo
https://lomp.at/qes0j
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem