Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Trend Baru Minum Kopi Letak Sos Pedas, Rasa Lebih ‘Kick’ Dan Confirm Nak Lagi!

by Soph Azz
June 3, 2021
Foto - The Metropreneur

Foto - The Metropreneur

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bangun pagi memang wajib minum secawan kopi. Kalau tak minum rasa seperti hari menjadi tak lengkap, betul tak?

Bergantung kepada setiap orang, ada yang sukakan minum kopi kosong seperti Americano, ada juga yang suka minum dengan gula, kirmer ataupun susu.

Tapi pernah tak anda terfikir untuk mencuba trend terbaru iaitu minum kopi dengan sos pedas? Rasanya memang sedap dan lebih kick!

Memang Sedap! Rasa Bezanya Daripada Kopi Biasa 

Menurut CNN Indonesia, trend yang dihasilkan oleh Morgan Osborne, pengarah Pembangunan Kulinari di Syarikat Archer Daniels Midland (ADM) ini mahukan penggemar kafein mencuba kopi dengan rasa yang baru iaitu kopi sos pedas.

“Pada awalnya saya bimbang untuk mencuba kopi dengan sos pedas tetapi pada masa yang sama, firasat saya mengatakan ia akan menjadi sangat sedap!” ujar Morgan.

Foto – Luxe Digital

Setelah bereksperimen, Morgan mendapati bukan hanya kopi sahaja yang sesuai digandingkan dengan rasa pedas. Untuk mencuba dengan sos pedas, dia telah memilih biji kopi light roast dan medium roast max supaya kopinya tidak menjadi terlalu pahit.

Morgan telah menambah beberapa bahan ‘pemanas’ yang lain seperti buah pelaga. Untuk rasa manis pula, dia menambah sedikit vanila. Manakala sos pedas, Morgan gunakan sos cili tanpa cuka.

Wajib Cuba Resepi Kopi Sos Pedas, Confirm Tak Menyesal!

Untuk mencuba trend minum kopi dengan cara baru ini, anda boleh ikut resepi di bawah.

Foto – Pinterest

Bahan-bahan:

  1. Biji kopi secukupnya
  2. Buah pelaga (2-3 sudu teh)
  3. Vanila (1 sudu teh)
  4. Sos pedas (1-2 titis)

Cara-caranya: 

  1. Masukkan biji kopi dan buah pelaga dalam pengisar.
  2. Bancuh kopi dan buah pelaga yang telah dikisar.
  3. Kemudian masukkan vanilla dalam bancuhan tersebut.
  4. Kacau, masukkan sos pedas dan kopi pedas siap diminum!
Foto – The Irish Times

Sekadar info tambahan, kandungan antioksidan yang tinggi dalam kopi pedas boleh memerangi kesan tekanan dari pendedahan radikal bebas, risiko kanser, Alzheimer, sirosis dan katarak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kopikopi pedaskopi sos pedasresepi kopisos cili pedas
https://lomp.at/t6633
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem