Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Trending

Ustaz Ahmad Dusuki Tidak Setuju RM6 Juta Diperuntukkan Untuk Program Hiburan Dari Rumah

Rata-rata pengikut pendakwah ini bersetuju dengan pendapatnya

by Khai Azfar
June 4, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta yang dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) bagi menjayakan program Hiburan Dari Rumah (HDR).

Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa 

Malah pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki turut berharap agar pihak yang terlibat berfikir semula mengenai pelaksaan HDR. Menerusi hantaran di laman Instagram nya pada Khamis, Ahmad Dusuki berkata ketika negara berhadapan dengan angka kematian yang terus meningkat,kerajaan seharusnya menggunakan bajet tersebut untuk perkara yang lebih penting.

“Jika benar kenyataan ini, saya berharap pihak berwajib memikirkan sebanyak enam juta kali lah, saat ini bukan hiburan yang di perlukan oleh rakyat, tetapi banyak lagi keperluan untuk di jaga saat genting sebegini. Bagi saya gunakan sebanyak jumlah itu bagi menghidup dan menggerakkan masyarakat ini untuk berTAUBAT kepada Allah” tulis Ahmad Dusuki

Peruntukkan Untuk Program Kerohanian 

Di sebalik menggunakan dana tersebut untuk perihal hiburan, Ahmad Dusuki menyarankan agar ia diperuntukkan untuk program keroharian sebagai kesedaran buat orang ramai.

“Masyarakat ini masih hanyut dengan kelekaan kehidupan dengan maksiat kepada Allah.
Belum cukup lagikah dengan jumlah kematian semakin menambah ini bagi menyedarkan kita dari kelalaian? atau kita sedang tunggu apa lagi?” katanya lagi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut pendakwah ini bersetuju dengan pendapatnya malah mereka turut mahu program-program kerohanian diperbanyakkan di kaca televisyen biarpun memahami mereka yang terlibat di dalam industri muzik juga perlukan sokongan mencari sumber pendapatan.

Terdahulu, memetik laporan Astro Awani, Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Saifuddin Abdullah, memaklumkan seramai 960 orang pengiat muzik akan terlibat dalam Program HDR yang dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini.Saifuddin menjelaskan ramai penggiat seni muzik akan memperolehi manfaat daripada program HDR yang dilancarkan pada Selasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER program Hiburan Dari Rumahustaz ahmad dusuki
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Viral

“Mencari Penaja Berbuka Puasa Untuk Pelajar Tahfiz..”-Ada Yang Komen Negatif?

by Jash Lee
April 13, 2023
Lokal

“Why Not Ustaz Call Mohd Shamsul”- Puteri Sarah Balas Nasihat Ahmad Dasuki

by Aphit J.
January 15, 2023
Gossip

Peminat Sanggup Beratur Awal Pagi Demi Konsert Billie Eilish, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran!

by Naddy Joe
August 19, 2022
Gossip

“Bangganya Kau!!”- Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah?

by Naddy Joe
August 16, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan