Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Kalau Tak, Pusing-Pusing Benda Sama”- Ini Pesanan Padu Erra Fazira kepada Kerajaan Dan Rakyat

by Puteri Alia
June 4, 2021
Foto - Instagram @errafazira

Foto - Instagram @errafazira

37
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat jumlah kes jangkitan Covid-19 yang tinggi setiap hari, menggusarkan hati ramai orang termasuklah pelakon dan model terkenal tanah air Erra Fazira.

Dengan perintah berkurung atau lockdown yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 ini, Erra memberi pesanan ringkas mengenai hal ini.

Amalkan Lockdown Sehabis Baik – Erra

Pelakon jelita ini memuat naik foto dan video di akaun Instagramnya semalam, bersama anak perempuan kesayangannya Engku Aleesya.

Di dalam video yang di muatnaik itu, Erra memohon agar semua orang duduk di rumah, tidak keluar rumah jika tiada keperluan dan ikuti perintah berkurung atau lockdown yang telah kerajaan tetapkan dalam tempoh masa ini.

Foto – Instagram @errafazira

“Harap semua orang amalkan lockdown sehabis baik. Moga kali ini beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas lockdown pula, kita semua wajib teruskan amalkan kendiri! Kalau tidak, pusing-pusing benda yang sama.” Kongsi Erra di Instagram

Berhenti Menunding Jari

Bukan itu saja, Erra juga memberi pandangan agar kerajaan lebih aktif dalam memberi vaksin kepada rakyat dan dalam masa yang sama Erra turut meluahkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas usaha dan pelbagai langkah yang diadakan bagi membantu rakyat.

Manakala pesanan Erra untuk rakyat pula adalah, agar rakyat berhenti bersikap menyalahkan dan menunding jari kerana semua itu tidak membantu atau menyumbang sebarang kebaikan.

Foto – Instagram @errafazira

“Kepada kerajaan, semoga lebih aktif dan efisyen dalam menyelenggara vaksin untuk rakyat. Dan terlebih dahulu terima kasih kerana memikirkan cara-cara untuk bantu rakyat di saat kritikal ini.

Kepada segelintir rakyat, hentikan menunding jari. Kita jaga kita! Menunding dan menyalahkan, tidak membantu untuk kita menjadi manusia positif yang menyumbang kearah kebaikan.” Kata Erra di Instagramnya

Pesanan Erra Untuk Semua

Ibu kepada Aleesya ini memesan agar semua orang ambil peduli dan masing-masing bertanggungjawab untuk menjaga diri dan keluarga, bagi memutuskan rantaian jangkitan dengan mendaftar dan mengambil vaksin agar semua orang mendapat imuniti.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Yang masih berdegil, semoga ada akta baru untuk mereka salurkan tenaga dan semangat degil mereka dalam aktiviti dan tugasan kemasyarakatan.

Yang belum berdaftar, tolonglah mendaftar dan HADIRKAN diri untuk vaksin. Tolong. Kita nak Malaysia capai imuniti keseluruhan.

Andai tidak mengerti, tolonglah bertanya kepada yang arif dan bertauliah. Kita sangat-sangat perlu pulihkan Malaysia mental dan fizikal!! (Jika kamu tahu apa yang saya maksudkan).” Kongsi Erra di Instagramnya

Betul apa yang dikongsikan Erra ini, jika mahu putuskan rantaian Covid-19 kita semua harus main peranan dan bertanggungjawab mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh berkurung ini dijalankan.

#KitaJagaKita

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Norman Hakim Kongsi Momen 'Dinner' Dengan Erra Fazira, Curi Perhatian Netizen!-"Boleh Buat Pasrah 2..."
covid-19engku aleesyaerra faziralockdownPesananPKP 3.0
https://lomp.at/w9k1a
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem