Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

DJ CZA, TUJULOCA dan MK Lancar Lagu”VETO”. Apa Maknanya?

by Zaidin Albert
June 5, 2021
21
KONGSIAN
Share on Facebook

DJ CZA, TUJULOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa kini tampil dengan single terbaru berjudul “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Apa maksudnya?

Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”. Mereka memberitahu bahawa: Setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”.

Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ CZA,

“VETO adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang”.

Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya. Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”.

Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.

YouTube video

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.

“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.

[VIDEO] Gelagat MK K-Clique Bagi Duit Raya, Raih Perhatian Ramai!-"Yang Bukan Islam Semua Dapat"

“VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman: https://DefJamMY.lnk.to/VETO

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
DJ CZALoca Bmk k-cliqueTuju K-CliqueTUJULOCA
https://lomp.at/hhe8i
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem