Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Abu Syafiq Dapat Kerjasama Dari Facebook Susulan Komen Palsu Mengenai Ebit Lew

by Zaidin Albert
June 10, 2021
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary berjaya mendapatkan rekod persetujuan dengan Facebook di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Syarikat tersebut bersetuju memberikan maklumat mengenai asal-usul komen dan sorotan skrin palsu, dan pemunya akaun palsu yang digunakan untuk memfitnah serta menjatuhkan nama beliau.

Maklumat dari syarikat konglomerat teknologi Facebook tersebut penting bagi membantu Abu Syafiq dalam beberapa kes saman fitnah siber yang diambil tahun lepas setelah mendakwa akaun beliau digodam dan disalahguna di laman media sosial tersebut.

“Saman pemula tersebut diambil oleh anak guam, Abu Syafiq untuk mengenal pasti penyebar fitnah yang menggunakan gambar, tangkapan layar dan foto yang dicipta, ditulis atau dibuat secara palsu oleh pihak ketiga, sama ada melalui teknik penggodaman atau penyuntingan,” kata peguam Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

“Anak guam tidak pernah menulis atau memuat naik mana-mana bahagian kenyataan dan postings di laman media sosial tersebut,” tambah Nurul Hafidzah.

Facebook juga telah bersetuju dan perintah itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Puan Rohatul Akmar Abdullah untuk memberikan maklumat pemilik sebenar, e-mel, dan lain-lain maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yang telah digunakan di laman media sosial tersebut dengan tujuan untuk menyamar dan mengejek plaintif termasuk membuat postings dan kenyataan berbaur fitnah yang mana telah memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuat naik oleh beliau.

Dalam saman beliau sebelum ini, Abu Syafiq menamakan Facebook sebagai defendan.

Plaintif sebelum ini telah memfailkan tindakan serupa iaitu memohon perintah penzahiran ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada tahun lepas selepas gagal mendapatkan maklumat mengenai aduan yang telah dibuat.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjelaskan yang Facebook bukan di bawah bidang kuasa mereka. Justeru dengan itu, plaintif telah membuat keputusan mendapatkan maklumat dari Facebook bagi mendapatkan perintah penzahiran.

Abu Syafiq bergantung pada maklumat yang akan dikongsikan Facebook untuk mengenal pasti individu-individu yang telah mencipta nama dan gambar akaun yang serupa dengan laman Facebook beliau, mengambil alih dan/atau menggodam akaun sebagai pentadbir akaun, dan membuat perubahan di akaun beliau.

Komen palsu yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew

Plaintif juga memohon asal-usul dan maklumat berkenaan komen dan sorotan komen palsu yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew didedahkan oleh Facebook.

Dengan kejayaan memperoleh maklumat dari Facebook, beliau akan dapat mengenal pasti sumber dan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui akaun-akaun palsu dan komen palsu yang tidak ditadbir, tidak dimiliki, tidak dikawal dan tidak dibuat oleh Abu Syafiq.

Kesemua akaun tersebut; laman yang dipercayai digodam dan/atau akaun yang ditukar nama, dan dua akaun palsu tersebut bukan ditadbir oleh Abu Syafiq.

Terdahulu, pada bulan Julai tahun lepas, Abu Syafiq telah memfailkan saman fitnah terhadap tiga individu termasuk terhadap pengacara Amin Idris kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Beliau mengambil keputusan tersebut bagi membersihkan namanya dan menegaskan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh tiga defendan tersebut.

Plaintif cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun setelah ketiga-tiga defendan enggan meminta maaf maka beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran setelah imej, reputasi dan namanya dicemari oleh pihak-pihak tertentu.

abu syafiq ebit lew
https://lomp.at/xv733
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem