Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Inilah Budaya Anak Zaman Ini”- Normala Samsudin Kecewa & Sindir Siapa Tu?

by Zaidin Albert
June 11, 2021
Foto: Instagram @normalasamsudinofficial

Foto: Instagram @normalasamsudinofficial

80
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam beberapa hari ini, nama Profesor Prof Muhaya menjadi bahan perbincangan di kalangan netizen di Malaysia. Malah golongan selebriti juga mengambil bahagian dalam isu sensasi ini. Ini bermula selepas  video Profesor Dr. Muhaya yang membahaskan isu ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ mendapat kecaman dan kritikan dari orang ramai termasuklah Dr. Amalina.

BACA: “Ibu Saya Tak Besarkan Saya Jadi Bodoh-Bodoh Sikit Depan Lelaki” – Dr. Amalina Bidas Prof. Muhaya

Setelah Prof Muhaya mendapat kecaman bertubi-tubi dari warga netizen, bekas penyampai TV ini ada pandangannya tersendiri. Puan Sri Normala Samsudin terpanggil untuk memberikan nasihat kepada orang ramai.

Menerusi IG Storiesnya, Normala berkata sebagai anak muda, seharusnya kita mendengar nasihat dari orang yang seusia dengan ibu kita.

Dalam pada itu, Normala turut merasa kesal dengan budaya anak zaman ini dengan adab yang semakin lemah.

“Pernah tak bila ibu menegur, ada sesetengahnya soksek- soksek di belakang ibu dan buat muka di belakang ibu, bisik-bisik dan bercerita pulak dengan kawan, buat muka cebik dan yang paling sedih bila anak sendiri pandai menjawab balik dengan nada kasar.”

“Inilah budaya anak zaman ini. Kalau zaman saya dulu, jika nenek berbicara, jangan sesekali tengok muka dan buat muka, jauh sekali menjawab balik. Adakah adab kita semakin lemah. Jurang orang muda tidak menghormati orang yang lebih tua amat tinggi. Renung-renungkan.”- tulisnya di ruangan kapsyen.

Foto: Instagram @normalasamsudinofficial

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang disampaikan. Salah seorangnya berkata,

“Netizen sekarang ni dah kurang adab dalam berbicara,  masing-masing nak tunjuk siapa lebih hebat”-kata salah seorang netizen dengan akaun bernama @mickeyanne9533.

Apa komen anda? Adakah kerana yakin dengan prinsip sendiri ,budaya tidak menghormati orang lebih tua diketepikan? Tepuk dada tanyalah selera…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
normala samsudin
https://lomp.at/hz8cu
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem