Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Terinspirasi Dari Video TikTok Ini! Misha Omar Titip Pesanan Buat Pelajar Gagal SPM

by Zaidin Albert
June 11, 2021
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menjadi acara tahunan, setiap kali keputusan SPM diumumkan, maka di media sosial banyak menceritakan kisah-kisah gembira dan kejayaan. Namun tidak kurangnya yang menangis kecewa kerana tidak mencapai hasrat sendiri dan keluarga.

Sesetengah berpendapat  keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang. Tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.

Video TikTok Dari Shahzakaria Jadi Inspirasi

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Hal ini juga dipersetujui oleh penyanyi popular, Misha Omar atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch. Misha berkongsi sebuah video TikTok dari seorang lelaki bernama Shahzakaria. Melalui video itu, lelaki ini berkongsi bahawa keputusan SPM tidak cemerlang seperti orang lain. Namun dia tidak berputus asa.

Dalam mengejar impiannya, dia pernah menjadi Pegawal Keselamatan dan berniaga air minuman di gerai. Amat membanggakan, berkat kesabaran dan tak berputus asa, kini Shahzakaria bekerja sebagai Eksekutif Keselamatan di sebuah syarikat minyak dan gas.

Foto: Instagram @mishaomar

Misha tertarik dengan video perjalanan anak muda ini dan berkongsi di akaun Instagramnya, lalu menitip ucapan kepada semua pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM.

“Setiap orang ada langkah yang tersendiri dalam perjalanan hidup ni. Tak semestinya yang mengecapi kegagalan pada awal perjalanan hidup mereka dianggap gagal adik-adik.

“Misi hidup ni tetap semuanya sama, mahu berjaya, tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang lain. Yang berjaya Kita raikan. Yang gagal Kita tetap hembuskan kata-kata semangat untuk mereka berusaha terus untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.  Kak Mitch akan selalu doakan adik-adik kak Mitch semua tau!”- tulisnya di Instagram

Diharapkan pesanan dari Misha dapat membantu para lepasan pelajar SPM untuk terus bersemangat mengejar impian masing-masing. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada. Pelajar yang gagal atau keputusan ‘cukup makan’ tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.

[VIDEO] "Misha Omar Tak Boleh Di Axiata..."- Misha Omar Beri Sebab
misha omar
https://lomp.at/h8cbg
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem