Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berkongsi Isu Bayaran Drama, Shahrulezad Anggap Segelintir Stesen TV Sebagai ‘Pembuli’

by Soph Azz
June 14, 2021
Foto - Berita Harian

Foto - Berita Harian

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu pembayaran dalam dunia hiburan tak pernah habis. Ada pihak yang masih menerima bayaran masih rendah dan lambat disebabkan oleh sistem yang diguna pakai oleh stesen televisyen (TV).

Manakala pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin berkata tak semua stesen televisyen mempunyai masalah dalam isu pembayaran.

Shahrulezad Nasihat Penerbit Kena Bijak 

Kongsi Shahrulezad melalui BH Online, golongan penerbit perlu bijak dalam menangani situasi ini kerana ada stesen TV mempunyai sifat ‘pembuli’. Tambahnya kebanyakan stesen TV mengenakan bayaran tinggi dan ada yang sudah menaik taraf bayaran mengikut peredaran masa.

Foto – Malaysia Kini

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri selepas 20 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan drama.

Pesan saya terutamanya kepada penerbit baharu supaya mengkaji terlebih dahulu setiap permintaan stesen TV yang mahu memilih pelakon”, kongsinya.

Dia juga berpesan golongan penerbit perlu memastikan bayaran yang ditawarkan berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Malah bagi segelintir penerbit yang mempunyai rasa tidak puas hati, mereka perlu suarakan dan bertindak dengan bijak.

Kurangkan Kos Penerbitan Jika Bayaran Tak Setimpal 

Pengarah kepada drama rantaian Nur ini berkata jika tidak menerima bayaran yang setimpal, dia akan cuba untuk mengurangkan kos penerbitan.

Foto – @budakijat (Instagram) / Media Hiburan

“Saya tidak akan mengambil pelakon yang diketahui harga mahal jika bayaran diberikan rendah. Jika stesen TV mahu pelakon yang dipilih, saya akan usaha cara lain iaitu mengurangkan bajet dari aspek lain supaya tidak mengalami rugi”, ujar Shahrulezad.

Shahrulezad juga berkata dia tidak memikirkan soal bayaran kerana dia lebih mementingkan isu hak cipta sebagai utamanya kerana ia boleh menyelamatkan mereka untuk jangka masa yang panjang.

Foto – Twitter

Walaupun tiada harga siling untuk sebuah drama, dia berkongsi banyak faktor yang menentukan jumlah sebenar yang perlu dibayar seperti pelakon, potensi rating dan slot disiarkan.

Bagi drama di bawah kategori premium, jumlah bayarannya sedikit tinggi berbanding kategori normal. Secara pukul rata, bagi setiap episod drama yang ditayangkan akan dibayar di antara RM 45,000 sehingga RM 60,000.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Source: BH Online
FILED UNDER radius one productionshahrulezad mohammedinstesen tv
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Facebook Shahrulezad Mohameddin
Selebriti

Scammer Guna Nama Kelab Peminat, Shahrulezad Pesan Orang Ramai Hati-Hati

by Puteri Alia
November 9, 2021
Foto - Harian Metro
Gossip

“Bertabahlah, Ustaz Madi Is Real Guys”- Shahrulezad Cuba Beri Petunjuk?

by Soph Azz
August 19, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan