Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Sembahlah Aku” – Iqram Dinzly Tulis Kalimah Allah Pada Dahi, Netizen Titip Pesanan

Netizen berasa takut kerana menyifatkan pelakon itu seperti sudah tidak waras

by Khai Azfar
June 15, 2021
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Iqram Dinzly kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas tampil memuatnaik beberapa hantaran video yang aneh termasuklah mengenakan solekan yang menakutkan pada wajahnya.

Tulis Kalimah Allah Pada Dahi

Terbaru, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin,40 telah mengenakan beberapa calitan pada wajahnya termasuklah menulis kalimah Allah pada dahinya. Jelas Iqram, dia berbuat demikian kerana sedia maklum terdapat kalimah Allah di bahagian dahi dan sering kali melihat kalimah suci itu ditulis menggunakan calitan minyak atta di dahi jenazah.

“Lebih baik aku conteng dahi aku dengan kalimah #Allah dah sememangnya aku diberi pengetahuan di bahagian dahilah ada kalimah Allah yang tersembunyi dari mata kasar lagi buta ni. Aku selalu ternampak masa jenazah nak dikapan sebelum di tutup mereka calit minyak atta dengan lukisan kalimah Allah dahi. Sebab korang jarang nak tengok mati banyak leka lena dengan ML & PUBG.Mereputlah sampai mati” tulisnya

https://www.instagram.com/p/CQHHePzHWZi/

Netizen Khuatir Dengan Iqram

Dalam pada itu, pesanan yang dititipkan Iqram dalam video tersebut juga membuatkan netizen berasa takut kerana menyifatkan pelakon itu seperti sudah tidak waras. Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata netizen meminta Iqram mengkaji semula hantarannya sebelu berkongsi di media sosial kerana khuatir akidahnya akan terpesong.

“Aku nak ingatkan pada yang bodoh-bodoh ini semua,layan dengan Bismillahirrahmanirrahim.Sembahlah aku!” ujar Iqram

Terdahulu, Murai.my melaporkan pendakwah bebas terkenal, PU Syed turut menegur pelakon ini secara terbuka di laman Instagram nya. Tegas PU Syed, perbuatan Iqram seolah-olah telah merosakkan akidah dirinya dan umat Islam yang lain.

Malah, pendakwah ini mengharapkan agar Iqram segera mendapatkan rawatan jika benar dia dikatakan sakit seperti yang didakwa oleh ramai netizen. Namun, jika sebaliknya tindakan undang-undang terhadap Iqram haruslah diambil.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
iqram dinzly
https://lomp.at/a0c8z
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem