Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Menarik! BTS kongsi Kisah Di Sebalik Barangan Peribadi Mereka

Setiap barang yang dibawa mempunyai kisah dan makna istimewa di sebalik ahli kumpulan yang memilikinya.

by Naddy Joe
June 16, 2021
79
KONGSIAN
Share on Facebook

Sewaktu FESTA 2021, BTS membawa barangan peribadi mereke ke ARMY Corner Store untuk dikongsi bersama peminat. Setiap barang yang dibawa oleh mereka mempunyai kisah dan makna istimewa di sebalik ahli kumpulan yang memilikinya.

J-Hope

J-Hope membawa dua patung figura dan sebuah mini-megaphone bersamanya. J-Hope turut memberitahu bahawa patung figura itu adalah item yang mula dikumpulnya setelah debut.

“Patung figura ini adalah item yang mula saya kumpul setelah debut. Dan setelah debut kita, hadiah dari peminat sudah jarang berlaku, jadi hadiah itu sangat berharga. Dan ini adalah salah satu hadiah yang pertama saya dapat.”-J-Hope

Mini-megaphone itu juga pernah digunakan sewaktu BTS’s rookie-era fan meeting yang berlangsung selepas pertunjukan muzik.

“Ini adalah simbolik kita untuk berkomunikasi dengan ARMY. Apabila saya memikirkannya sekarang, sangat mengagumkan apabila kita berkomunikasi dengan ARMY dengan cara ini.”-J-Hope

V

V membawa dua barangan peribadinya, jam tangan yang diberi oleh bapanya dan sebatang pen MoOO.

“Ini adalah jam tangan yang dibeli oleh bapa saya kepada saya untuk pertama kalinya. Kami memperolehnya ketika melancong sekitar Switzerland”-V

Pen MoOO itu juga mempunyai kisah yang menarik. Sesetengah kanak-kanak memerlukan selimut atau stuffed animals supaya tertidur, tetapi V memerlukan pen ini untuk membuatnya tidur. Dia pernah tertidur ketika memegang pen ini sewaktu di sekolah tinggi. Dia akhirnya berhenti tidur dengan pen itu kerana dakwat pen akan tertumpah di mukanya secara tidak sengaja pada waktu malam.

“Saya tertidur ketika imaginasi sambil memutar pen ini sewaktu saya masih muda. Semasa saya melakukan ini, saya dapat memberi tumpuan terhadap perkara yang ingin saya lakukan. Saya telah melakukannya selama hampir 15 tahun.”- V

Jungkook

Jungkook membawa barang kegemarannya yang sudah lama dan yang baru, iaitu lilin dan mikrofon karaoke. Dia menyalakan lilin untuk menghidupkan suasana santai di rumah, menggelapkan ruang bilik sambil memainkan muzik.

Malu Nak Pakai Baju Lengan Pendek, BTS Jungkook Ini Sebabnya...

Oleh kerana kini Jungkook tidak dapat pergi ke karaoke disebabkan sekatan pandemik COVID-19, dia menggunakan mikrofon setiap kali dia mahu menyanyi gaya karaoke di rumah. Jimin  turut menyatakan bahawa ini adalah sesuatu perkara yang dinikmati oleh Jungkook sebelum COVID-19.

RM (Rap Monster)

RM membawa slogan dari konsert BTS dan foto kumpulan khas yang menjadi barang berharga RM selama bertahun-tahun, dan BTS pernah memberikan salinan kepada peminat. Dia sangat menyukai foto ini kerana semua orang kelihatan “semulajadi”.

Slogan, dari konsert jelajah encore LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF, turut mengembalikan kenangan berharga sewaktu rancangan tersebut berlangsung.

Jin

Jin membawa pingat yang dimenanginya sewaktu Run BTS! bagi episod tenis dan fotonya dari Bon Voyage, rancangan pelancongan BTS. Foto itu diambil sewaktu perjalanan mereka ke Malta, Jin turut membawa salah satu beg kegemarannya.

“Oleh kerana kita tidak mempunyai masa untuk melancong, saya menghargai beg itu kerana ia dari perjalanan kita.” Jin

Pingat tenis itu turut mengingatkan Jin dari kenangan manisnya dari penggambaran episod tenis. Dan dia terus bermain tenis sebagai hobi.

Suga

Suga turut membawa dua tiket dari konsert BTS sebagai barangan peribadi yang mempunyai kenangan tersendiri.

“Baru-baru ini saya melihat beberapa gambar dan ketika itulah saya menyedari peminat kita menyimpan tiket konsert. Saya rasa itu sangat comel. Apabila kita melihat tiket-tiket ini, kita mungkin akan keliru, tetapi peminat kita dapat memberitahu konsert yang mana mereka berada.”-Suga

Jimin

Jimin membawa dua foto bersamanya dan salah satunya adalah jaket kulit yang dimiliki oleh tiga ahli kumpulan BTS. Dan foto satu lagi adalah tiket dari taman hiburan. Suga memberikan jaket itu kepada J-Hope, dan kemudian memberikannya kepada Jimin ketika mereka masih menjadi pelatih. Sehingga ke hari ini, Jimin masih memakai jaket kulit itu dan menyimpannya dalam keadaan baik.

"Siapa Tu?"- Peminat Gelisah Lihat Sosok Wanita Yang Muncul Di Klip Video BTS Jin

Jimin turut menyimpan tiket taman hiburan di dalam dompetnya. Apabila BTS teringat akan lawatan mereka, Jimin mendedahkan mengapa Suga tidak dapat mengendalikan tunggangan pada hari itu.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
BTSj hope btsJimin BTSjin btsjungkook btsRM BTSsuga BTSv bts
https://lomp.at/uovs0
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem