Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Ini Sebab Kisah Cinta Kendall Jenner Tidak Pernah Dipaparkan Dalam KUWTK

Supermodel berusia 25 tahun mempunyai peraturannya sendiri untuk tidak membincangkan hal-hal peribadi di layar skrin

by Naddy Joe
June 16, 2021
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Kisah cinta Kendall Jenner tidak pernah dipaparkan dalam setiap musim Keeping Up With The Kardashians sepanjang 14 tahun rancangan realiti itu berlangsung.

Punya Peraturan Sendiri

Menerusi episod Bravo TV The Daily Dish, Farnaz Farjam, produser eksekutif rancangan itu mendedahkan bahawa supermodel berusia 25 tahun mempunyai peraturannya sendiri untuk tidak membincangkan hal-hal peribadi di layar skrin sehingga dia mempercayai sepenuhnya terhadap pasangannya.

“Kendall sentiasa mempunyai peraturan ini, yang mana dia rasa harus bersama seseorang sekurang-kurangnya selama satu tahun sebelum menjadi sebahagian daripada rancangan realiti itu. Dia tidak sentiasa mengetahui bagaimana niat orang. Jadi itulah sebab kami menyimpan kehidupan peribadinya dari itu, kerana dia mempunyai peraturannya sendiri.” Farnaz Farjam

Wanita Kardashian-Jenner Yang Menyimpan Kisah Peribadi Dengan Baik

Kendall Jenner kekal sebagai wanita Kardashian-Jenner yang menyimpan kisah peribadi dengan baik, di luar atau di dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians. Model itu sebelum  ini pernah dikaitkan dengan pemuzik pemenang anugerah Grammy Harry Styles, pemain Philadelphia Ben Simmons, dan pemain Brooklyn Nets Blake Griffin. Dan tidak ada seorang pun daripada mereka dibawa oleh Kendall dalam rancangan Keeping Up With The Kardashians.

Bakal Hadir Dalam Siri Baru

Walaupun rancangan KUWTK telah berakhir, ia tidak bermaksud mereka mengundur diri dari menjadi perhatian ramai. Menurut Vulture, Beberapa bulan selepas keluarga itu mengucapkan selamat tinggal kepada KUWTK, tersebar berita bahawa Kardashian-Jenner telah menandatangani perjanjian dengan Disney untuk menghasilkan global content yang baru.

“Ini adalah bab yang baru. Dalam rancangan yang baru, anda akan melihat kami berkembang sebagai sebuah keluarga. Peminat mahu melihat siapa diri kami sebenarnya dan sejak saat pertama, mereka telah melabur secara emosi dalam rancangan.”-Kris Jenner

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Berubah 100%, Peminat Keliru & Samakan Wajah Terbaru Kris Jenner Dengan Kendall
keeping up with the kardashianskendall jennerkris jenner
https://lomp.at/kjyw6
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem