Baru-baru ini, kerajaan telah mendedahkan Strategi Pelan Pemulihan Negara ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. Dalam pelan tersebut adan menyebut, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi bermula September 2021.
Hal ini telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen termasuklah dari golongan penggiat seni tempatan. Antaranya penerbit filem popular ini yang menganggap keputusan kerajaan seperti tidak waras.
Penerbit filem yang bergelar Datuk ini memuatnaik status di IG Storiesnya dan meluahkan rasa kesalnya terhadap keputusan ini.
“PKP sampai September? ( tak waras kerajaan ini). Bagaimana mereka nak hidup? Yang masih ada peluang cari rezeki bersyukurlah!”- tulisnya.
Sementara itu, dalam pelan Strategi Pelan Pemulihan Negara yang disampaikan oleh Perdana Menteri, fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. Iaitu selewatnya pada akhir tahun ini. Bertabahlah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.