Friday, April 26, 2024

Viral Lori Bawa Pekerja Naik Lori Macam Lembu! Menteri Bagi Nasihat ‘Makan Dalam’

28
KONGSIAN

Pada 14 Jun yang lalu, netizen sangat marah apabila gambar dan video pekerja asing positif Covid-19 dari sebuah kilang memproses ayam diangkut secara tidak berperikemanusiaan di dalam lori menjadi tular.

Rakyat Malaysia menganggap majikan tidak berhati perut kerana memperlakukan pekerjanya sedemikian rupa.

Foto: Facebook Shahanim Mohammad Yusoff

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu bahawa kilang memproses ayam di Bedong, Sungai Petani diarah tutup pada hari Isnin (14 Jun). Dia juga menambah bahawa tindakan pengurusan kilang sangat tidak wajar dilaporkan Astro Awani.

“Kita jangan hanya fikir keuntungan, kalau kita rasa kita mahu membantu pekerja… bantu secara lebih berhemah… kalau nak hantar mereka ke hospital (contohnya) ambillah bas… kalau boleh sewa bas.
Dia juga mengingatkan majikan untuk tidak memperlakukan pekerjanya dengan cara yang tidak berperikemanusiaan semasa dalam keadaan kecemasan.

Bukan ambil (guna) lori bawa orang macam lembu… untung dah banyak bertahun-tahun… tiba-tiba bila ada masalah ini buatkan pekerja kita macam lembu sahaja… janganlah macam itu,” katanya kepada Astro Awani.

Seramai 48 pekerja yang baru sahaja memakai gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk kembali ke asrama mereka. Pemandu lori itu dikeluarkan saman atas kesalahan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) untuk tujuan lain.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI