Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Baru Dedahkan, Rupanya Ini Punca Sebenar Putera Harry Bersetuju Diwawancara Oleh Oprah Winfrey

by Zaidin Albert
June 21, 2021
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini terdedahnya fakta di sebalik wawancara Putera Harry-Meghan Markle dan Oprah Winfrey.

Ternyata Putera Harry bersetuju untuk diwawancara setelah gelarannya secara rasmi dicabut oleh Ratu Elizabeth II kerana memutuskan untuk meninggalkan England.

Putera Harry dikatakan sangat marah dengan tindakan neneknya dan keluarga Diraja Britain yang lain. Lebih-lebih lagi, ia juga memberi kesan kepada hilangnya gelaran tentera yang telah dicapai sehingga kini.

Tidak sampai 24 jam dari penyingkirannya, Harry segera bersetuju dengan tawaran Oprah Winfrey kepadanya.

“Itulah perkara yang membuatnya sangat marah. Dia menjadi sangat emosional dan kariernya dalam ketenteraan sangat penting baginya dan dia telah melakukan banyak perkara,” jelas sumber kepada The Sun.

Archie Tidak Akan Menjadi Seorang Putera

Foto: Page Six

Selain itu, menurut DailyMail anak mereka Archie tidak akan pernah menjadi seorang putera jika Putera Charles menjadi Raja.

Parti kerajaan dikatakan telah memastikan bahawa anak-anak Harry dan Meghan Markle tidak akan mendapat tempat di Empayar Inggeris kerana mereka akan memperkemaskan lagi keturunan yang berhak di dalam Kerajaan Inggeris.

Archie sendiri kini berada di nombor 7 untuk pemegang takhta Britain. Ini juga membuatkan Harry dan Meghan Markle sedikit kecewa.

“Harry dan Meghan telah diberitahu bahawa Archie tidak akan pernah menjadi putera, bahkan jika Charles menjadi raja,” kata sumber.

Pemilihan Nama Anak Kedua Putera Harry Kurang Menyenangkan Ratu

 

Sebelumnya, ada juga laporan bahawa nama anak kedua Putera Harry & Meghan Markle, Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Windsor, dianggap sebagai perkara yang memalukan bagi Ratu Elizabeth II.

Walaupun menurut mereka nama itu dipilih sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II dan mendiang Puteri Diana. Dalam satu kenyataan, Duke dan Duchess of Sussex mengatakan, ‘Lili’ terinspirasi oleh nama panggilan masa kecil Ratu. Sementara Diana diambil dari nama ibu Pangeran Harry, mendiang Puteri Diana, The Princess of Wales.

Menurut pakar British Royal, Angela Levin, pemilihan nama itu bukan perkara yang baik, malah kurang menyenangkan Ratu. Nama itu bermula ketika Ratu mengalami kesukaran untuk mengucapkan kata ‘Elizabeth’ ketika masih kecil. Sebaliknya, dia menyebut dirinya sebagai ‘Lilibet’.

“Putera Charles bahkan tidak berani memanggil ibunya Lilibet,” kata Angela, menurut Page Six.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Lilibet 'Lili' Diana Mountbatten-WindsorMeghan Markleputera harry
Share27Tweet17SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Daily Star
Fesyen

Manis & Elegan Kate Middleton Gayakan Gaun Biru, Tapi Ada Yang Kata Tiru Meghan Markle?

by Soph Azz
May 23, 2023
Foto - Pinterest
Fesyen

3 Kontroversi Gaun Perkahwinan Meghan Markle Yang Ramai Tak Tahu

by Soph Azz
February 20, 2023
Foto - Hello
Kecantikan

Bukan Kate Middleton, Tapi Lady Amelia Windsor Kerabat Diraja Britain Paling Cantik

by Lisa Ghani
January 5, 2023
Foto - Women's Health
Kecantikan

Hadiahkan Yang Tersayang Dengan Produk Kegemaran Meghan Markle, Tatcha

by Lisa Ghani
December 14, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan