Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

10 Artis Indonesia Ini Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual, No.7 Paling Paling Mengejutkan!

by Soph Azz
June 22, 2021
Share on Facebook

Tanpa mengira jantina dan umur sama ada lelaki, wanita serta kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa gangguan seksual. Boleh terjadi di mana-mana sahaja, gangguan seksual ini berupaya meninggalkan kesan buruk kepada mangsanya.

Selain orang biasa, golongan artis juga tak terlepas daripada terkena gangguan seksual ini. Nak tahu siapakah artis tersebut, baca perkongsian di bawah.

#1 Cici Panda

Ketika bersekolah, Cici Panda dedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual gurunya. Kongsinya, situasi ini mengajarnya untuk membantu dan memberi pendididan seks kepada kanak-kanak supaya mereka tahu dan tidak menjadi sepertinya.

Foto – Kumparan

#2 Dewi Sanca

Mendedahkan pernah diganggu secara seksual oleh Arya Wiguna, Dewi Sanca mengatakan Arya sempat menarik baju dan seluar dari badannya semasa mereka berada di rumah.

Foto – Liputan 6

#3 Intan Lestari 

Intan Lestari berkongsi bekas kekasihnya pernah mengugut untuk membunuhnya selain daripada dipaksa untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

#4 Chelsea Islan 

Ketika masih remaja, aktres Chelsea Islan dedahkan dirinya dirakam secara senyap-senyap semasa berada di dalam tandas. Sehingga sekarang aktres ini tidak tahu siapa yang merakamnya.

Foto – Pinterest

#5 Tegar Septian 

Penyanyi cilik Indonesia ini pernah tular satu ketika dahulu. Tegar Septian dikatakan pernah diganggu secara seksual oleh pengurusnya dengan meminta untuk mandi dan tidur bersama.

Foto – Pinterest

#6 Jessica Iskandar 

Pernah diganggu oleh pekerja di salon, Jessica Iskandar mendedahkan pekerja lelaki tersebut telah mengambil gambar bogelnya dan menyentuh bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Foto – Liputan 6

#7 Randy Pangalila

Aktor dan penyanyi kacak Indonesia, Randy Pangalila juga tidak terlepas daripada diganggu secara seksual. Kongsinya seorang lelaki yang mengaku dirinya producer, meminta Randy tidur bersamanya untuk menjadi artis popular dengan cepat.

"Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?"- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual
Foto – Popbela.com

#8 Widy Vierratale 

Windy berkongsi dirinya pernah diculik dan menjadi salah satu mangsa gangguan seksual ketika itu. Setelah dilaporkan kepada pihak berkuasa, kesemua pelakunya telah pun ditangkap.

Foto – Sosok.id

#9 Jupiter Fortissimo 

Didera secara seksual oleh pengasuh ketika kecil, Jupiter mengatakan situasi itu membuatkannya menjadi trauma sehingga sekarang.

Foto – Kompas

#10 Rieke Diah Pitaloka

Daripada hanya mengambil gambar, Rieke memberitahu seorang doktor pernah mengambil kesempatan di atas dirinya dengan memeluk dan mencium ketika diperiksa.

Foto – CNN Indonesia

Memang tak dapat dinafikan gangguan seksual ini tidak mengenal siapakah mangsanya. Jika kamu sedar akannya, jangan lupa untuk dapatkan bantuan dengan segera.

Chelsea Islancici pandadewi sancagangguan seksualintan lestarijessica iskandarjupiter fortissimorandy pangalilarieke diah pitalokategar septianwidy vierratale
https://lomp.at/oiwqa
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara