Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berkongsi Tentang Depresi, Alicia Amin ‘Claim’ Hidapinya Sejak Remaja Lagi

by Soph Azz
June 23, 2021
Foto - Kosmo

Foto - Kosmo

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Berkongsi mengenai depresi, model dan pelakon sensasi, Alicia Amin berkata dia menghidapinya sejak usia belasan tahun lagi. Pendedahan tersebut dimuat naik di Instagramnya selepas ditanya oleh peminat.

‘Claim’ Depresi Tapi Nampak Bahagia Je?

Membalas pertanyaan peminat, Alicia berkata sejak usia 13 tahun lagi dia telah mempunyai simpton penyakit depresi. Selain itu, dia juga menghidapi penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau lebih dikenali sebagai sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Foto – @hangriii (Instagram)

“Kemurungan boleh berlaku pada sesiapa sahaja walaupun tidak disebabkan peristiwa buruk dalam kehidupan.

Saya telah menunjukkan simptom kemurungan sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Walaupun saya nampak bahagia, kadang kala kemurungan itu boleh menyerang saya”, ujar Alicia.

Kongsinya lagi, dia telah didiagnosis secara klinikal pada usia 19 tahun dan telah menjalani beberapa rawatan sehingga sekarang. Walaupun masih menjalani rawatan, Alicia berkata ada masanya dia menghadapi kesukaran untuk mengawalnya.

Foto – Tatler Hong Kong

Minta Orang Ramai Jaga Kesihatan Mental

Buat masa sekarang dia telah didiagnosis dengan Major Depressive Disorder (MDD) yang disebabkan oleh ADHD dewasa yang tidak dirawat. Penyakit ADHD tersebut telah ‘memenatkan’ otaknya dan ‘memakan’ hormon bahagia yang dikenali sebagai serotonin.

Model dan pelakon itu juga meminta orang ramai untuk menjaga kesihatan mental mereka terutamanya dalam keadaan pandemik sekarang.

Foto – @hangriii (Instagram)

“Tolong jaga kesihatan mental anda terutamanya sekarang! Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan profesional kerana ia mengubah hidup saya dan menjadikan perkara lebih mudah diuruskan” kongsinya di Instagram.

Pada masa yang sama, Alicia juga berkata atas pertolongan dan usaha pakar profesional dalam menangani penyakit yang dihidapinya, kehidupannya menjadi lebih bahagia dan teratur. Tambahnya juga, orang ramai tidak perlu malu jika menghidapi penyakit ini dan terus berusaha untuk mendapatkan pertolongan.

Foto – @hangriii (Instagram)
alicia amindepresi
https://lomp.at/u7qfu
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem