Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Hafidz Roshdi Pertahankan Siti Elizad Selepas Digelar Mandul & Tidak Solat

Hafidz bertindak mempertahankan Elizad selepas pelakon itu dituduh kononnya tidak menunaikan solat selain digelar mandul

by Khai Azfar
June 24, 2021
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Siti Elizad akui menangis dan berasa teramat sedih dengan tuduhan seorang netizen yang menggelarkan dirinya mandul serta dihina dengan kata-kata kesat di ruangan komen sebuah hantaran portal hiburan.

Elizad Sedih Difitnah Netizen 

Bukan itu sahaja, malah Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37 turut dituduh secara terbuka oleh netizen berkenaan yang dikenali sebagai Zain Rashdan kononnya pelakon yang juga penyampai radio Sinar FM itu tidak menunaikan solat.

View this post on Instagram

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

Berikutan itu, Elizad yang terkesan dengan komen tersebut nekad membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil. Di laman Instagram, Elizad turut berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen tersebut beserta laporan polis yang dibuat.

Hafidz Dedah Elizad Sering Solat Di Set Penggambaran 

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen pelakon Hafidz Roshdi bertindak mempertahankan rakan selebritinya itu selepas Elizad dituduh tidak solat. Dedah Hafidz ketika terbabit dalam set penggambaran yang sama, dia sering kali terserempak dengan Elizad setiap kali tibanya waktu solat. Malah ketika itu, Elizad sudah mengambil wudhuk dan bersedia untuk menunaikan solat.

“saya just nak bagitau masa saya shooting dengan kak elizad everytime masuk waktu solat je mesti terserempak dengan dia , dia dah siap amik wudhu and bentang sejadah ready nak solat itu je nak bgtau sekian terima kasih” dedah Hafidz

Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat buat Elizad selain mendoakan agar pelakon ini dikurniakan seorang cahaya mata kelak.

Difahamkan, Elizad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan. Terdahulu, Elizad mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Siti Elizad Bidas Netizen Hina Suami-"Kenangan Naik Tongkang Pun Bahagia"
hafidz roshdisiti elizad
https://lomp.at/gukq6
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem