Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sudah Masanya Saya Berundur” – Anis Suraya Ambil Keputusan Tidak Lagi Aktif Dalam Bidang Nyanyian

by Khai Azfar
June 24, 2021
172
KONGSIAN
Share on Facebook

Saban tahun setiap kali tibanya program realiti Gegar Vaganza nama penyanyi terkenal era 90-an, Anis Suraya pasti akan menjadi spekulasi dan ramalan peminat sebagai salah seorang peserta.

Anis Suraya Berundur Dari Industri 

Namun, ketika diumumkan pasti ada yang kecewa kerana kelibat penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi itu tidak kelihatan. Ini kerana Anis atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman,41 sudah membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di dalam bidang nyanyian. Menurut Anis kepada Murai.my, dia sememangnya tidak mempunyai perancangan untuk sertai program realiti tersebut termasuklah aktif secara serius seperti dahulu.

“Sebenarnya saya tak ada perancangan untuk masuk GV. Bagi saya, saya tidak akan aktif balik dah dalam industri nyanyian. Cukuplah sekadar di belakang tabir, untuk nyanyi dekat anak-anak, untuk di Pesona FM dan di YouTube saya” katanya

Hanya Kongsi Video Nyanyian Di Media Sosial 

View this post on Instagram

A post shared by Anis Suraya Ctr (@anissurayaofficial)

Akui rindu akan bidang nyanyian namun bagi Anis yang juga sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal, minatnya itu kini hanya terubat dengan bernyanyi buat anak-anak serta para pendengar Pesona FM, stesen radio Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tempat Anis menggalas tanggungjawabnya sebagai penyampai radio dan kakitangan universiti ternama itu.

“Rasanya sudah sampai masanya saya berundur dari industri muzik tanah air. Sebenarnya rindu untuk menyanyi itu ada, tapi rindu itu dilepaskan di media sosial. Jadi untuk GV itu memang tidak sebab selalunya GV untuk menempa dan menaikkan kembali nama bagi tujuan lagu dan album baru.

Saya sendiri tiada hasrat untuk buat album. Kita berikan peluang dan sokongan buat penyanyi yang ingin buat comeback” kata Anis kepada Murai.my ketika sedang mengendalikan slotnya pada pagi Rabu

Via Instagram Anis Suraya

Jelas adik kepada penyanyi Shawn Baharin ini, biarpun sudah membuat keputusan untuk berundur namun sebagai seorang anak seni dia akan terus memberikan sokongan pada industri muzik tanah air.

“Bukan anti pada industri, saya akan terus meminat industri muzik cuma tidak lagi pergi secara serius”

“Kalau dulu memang dikatakan nyanyian, saya jadikan sebagai kerjaya namun sekarang hanya sekadar hobi sahaja. Saya sekarang pun dah bekerja di Unisza dan syukur alhamdulillah saya enjoy dengan kerjaya saya” katanya lagi

Sebagai info, Anis pernah bernaung di bawah label Suria Suria Records bersama-sama Noraniza Idris, Liza Hanim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi perkahwinan keduanya bersama seorang anggota kerajaan, Azmaimi Mohamad pasangan ini bahagia bersama lima orang cahaya mata.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
anis surayaAnis Suraya terkini
https://lomp.at/eqnby
Share69Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem