Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Sah! Kini Netflix Ke Astro, Ini 3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

by Phic Arman
June 24, 2021
Sah! Kini Netflix Ke Astro, Ini 3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Share on Facebook

Pada hari ini (24/6) Astro dan Netflix hari ini mengumumkan telah memeterai penjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro, sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.

Berikut 3 perkara yang perlu anda tahu dari siaran media yang dikeluarkan.

1. Diakses Menerusi kotak Ultra

Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.

2. Satu Bil Yang Sama

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

IKLAN

3. Kerjasama Ini Dapat Mengukuhkan Lagi Kedudukan Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata,

“Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.”

Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata,

“Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”

Jadi untuk dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran, boleh berkunjung ke  astro.com.my/Netflix

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: AstroHenry TanNetflix
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100
Teknologi

Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100

by Mas Ayu
June 23, 2022

Tular di media sosial baru ini, di mana seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Neyra mendedahkan dia mendapat wang...

Read more
‘Tak Masuk Akal’- Che’ Puan Khaleeda Hairan Dengan Kes Baby Syifaa Terjerut Buai
Personaliti

‘Tak Masuk Akal’- Che’ Puan Khaleeda Hairan Dengan Kes Baby Syifaa Terjerut Buai

by Mas Ayu
June 23, 2022

Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Khaleeda Bustamam memberi pandangan beliau mengenai kes kematian...

Read more
[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!
Filem

[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!

by Hakim Faz
June 23, 2022

Baru-baru ini, kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan eksklusif dua episod pertama Ejen Ali musim ke-tiga terbitan PrimeWorks Studios...

Read more
“Dia Cuba Membunuh!!” – Raja Ilya Kecam Tindakan Lelaki Baling Batu Pada Kucing
Selebriti

“Dia Cuba Membunuh!!” – Raja Ilya Kecam Tindakan Lelaki Baling Batu Pada Kucing

by Mas Ayu
June 21, 2022

Tular di media sosial baru-baru ini dimana video seorang individu tidak berhati perut membaling batu pada kucing menjadi perhatian orang...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  3. 3

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  4. 4

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

  5. 5

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera