Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Mungkin Tiga Atau Empat Orang” – Sarah Suhairi Beri ‘Hint’ Lagu Duet Seterusnya

Sarah Suhairi kini tampil dengan single terbaharu berjudul Andaikan

by Khai Azfar
June 25, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Sarah Suhairi kini tampil dengan single terbaharu berjudul Andaikan. Merupakan hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik dari Shah Shamshiri, single keenam juara Big Stage 2018 ini punyai pelbagai kisahnya yang menarik.

Lagu OST Hatimu Sedingin Salju

Selain dihasilkan oleh ‘award-winning composer’, Andaikan juga sebenarnya telah siap dirakamkan sekitar 2019. Difahamkan, perancangan awal buat karya Andaikan dari Sharon Paul & Shah Shamsiri ini adalah untuk dijadikan runut bunyi rasmi (OST) dan dipadankan dengan naskah drama yang bersesuaian.

Rezeki berpihak padanya, atas persetujuan semua pihak, lagu Andaikan dipilih menjadi runut bunyi rasmi (OST) buat drama terbaru yang bakal ditayangkan di TV3, Hatimu Sedingin Salju.

Video Muzik Dihasilkan Sendiri

Serentak dengan itu, lagu ini turut mempunyai video muzik nya tersendiri. Menurut Sarah, video muzik ini telah dihasilkan sendiri di rumahnya. Tidak dinafikan berhadapan dengan cabaran, Sarah berkata dia bertuah kerana turut dibantu oleh adiknya.

“Disebabkan kita semua duduk rumah (PKP), jadi Alhamdulilah saya sangat bersyukur sebab ada sedikit peralatan untuk saya rakam sendiri. Adik saya juga ada beberapa kelengkapan lain dan pandai pegang kamera”

“Jadi saya serahkan kerja-kerja posisi dan gerakan kamera itu kepada adik saya sendiri. Saya ingin beri kredit kepada adik saya dan juga tidak dilupakan buat editor, Abang Akmal yang tolong editkan dan apa yang saya minta semua dia tunaikan”

“Walaupun di rumah, Alhamdulillah saya rasa berbaloi untuk rakam sendiri masa PKP” kata Sarah kepada Murai.my

Beri ‘Teaser’ Lagu Seterusnya

Dalam perkembangan berkaitan,ketika ditanya mengenai perancangan single duetnya selepas muncul bersama dengan Ariff Bahran menerusi Bicara Rasa, Sarah akui akan ada sebuah lagi lagu duet.

Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Sekadar memberi petunjuk berkemungkinan akan menampilkan lebih dari seorang rakan duet, Sarah terlebih dahulu ingin memfokuskan single Andaikan dan menyifatkan lagu duet tersebut sebagai satu kejutan buat peminat kelak.

“Perancangan dalam masa akan datang memang ada. Saya sebenarnya seorang yang sangat terbuka untuk berduet dengan sesiapa sahaja dalam industri sebab saya tahu setiap kali kita berduet mahupun bekerjasama akan ada perkara-perkara yang mungkin kita tak tahu. Dari situ kita akan dapat belajar perkara baharu”

“Macam dengan Ariff Bahran sebelum ini kami lebih kurang sebaya ada juga benda lain yang saya belajar dengannya. Duet kedua pula dengan abang Aepul Drama Band, juga sangat banyak perkara yang saya dapat belajar dari dia. Persembahan, nyanyian, ekspresi muka di atas pentas banyak sangat yang saya belajar darinya. Jadi untuk bercakap lagu duet seterusnya. Mungkin ia lebih dari duet. Mungkin ada tiga mahupun empat bersama saya untuk lagu akan datang

“Saya tak nak cakap terlalu awal mengenainya kerana nak jadikan sebagai satu kejutan buat semua orang” katanya lagi

Sarah ditemui Murai.my di majlis pelancaran single terbaharunya secara virtual pada petang Khamis.

YouTube video
Error happened.
Sarah Suhairi
https://lomp.at/ad5se
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara