Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Berderai Air Mata Tonton 5 Filem Korea Ini, Terlalu Beremosi!

by Puteri Alia
June 28, 2021
Foto - Han Cinema/Hope

Foto - Han Cinema/Hope

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat setia cerita Korea pasti akan terperangkap dalam dunia penuh emosi, tatkala menonton jalan cerita yang penuh dengan sentuhan dan mainan emosi serta perasaan.

Jika kamu suka menonton kisah yang menyentuh jiwa maka kamu harus tonton lima filem dari Korea ini, jalan cerita yang penuh emosi akan membuatkan kamu berderai air mata.

#1 Be With You

YouTube video

Filem ini berkisar tentang Im Soo Ah lakonan Son Ye Jin di mana sebelum dirinya meninggal dunia, Im Soo Ah berjanji kepada suaminya Jung Woo Jin lakonan So Ji Sub yang dirinya akan kembali setahun kemudian.

Meski memberi janji yang pelik kepada suaminya, ternyata setahun kemudian Im Soo Ah benar-benar kembali ke pangkuan suami tetapi masa yang ada hanya buat sementara waktu sebelum Im Soo Ah pergi buat selamanya.

#2 Salut D’Amour

YouTube video

Filem ini pula mengisarkan tentang seorang lelaki tua bernama Sung Chil lakonan Park Geun Hyung, yang jatuh cinta pada wanita tua bernama Geum Nim lakonan Youn Yuh Jung.

Hubungan percintaan pasangan tua ini tidak semudah pasangan muda-mudi, kerana hubungan mereka tidak di terima baik oleh anak masing-masing.

#3 Hope

YouTube video

Filem yang cukup menyayat hati, berkisarkan tentang seorang kanak-kanak bernama Im So Won lakonan Lee Ra, yang hidup bahagia di samping kedua ibu bapanya iaitu Im Dong Hoon lakonan Sol Kyung Gu dan Kim Mi Hee lakonan Uhm Ji Won.

Momen bahagia tidak kekal lama apabila So Won menjadi mangsa rogol, dan menjadi trauma hinggakan tidak mahu bersemuka dengan ayahnya sendiri.

Meskipun begitu, si ayah tetap ingin berada di samping anak perempuannya itu dan sanggup memakai kostum karakter kartoon kesukaan So Won. Si ayah cuba mengembirakan hati anak perempuannya tanpa mengenal erti penat lelah.

Tak Sangka, Rupanya Ramai Pelancong Malaysia Lakukan Kesilapan Ini Ketika Bercuti Ke Korea Selatan

#4 A Moment To Remember

YouTube video

Filem yang ini pula berkisar tentang Kim Soo Jin lakonan Son Ye Jin, yang merupakan seorang pereka fesyen dan Choi Chui Soo lakonan Jung Woo Sung yang merupakan seorang tukang kayu.

Pertemuan yang tidak di sangka akhirnya membuatkan mereka berdua menjadi sepasang kekasih, namun momen bahagia mereka tidak lama kerana terdapat satu kenyataan pahit yang harus mereka berdua hadapi.

#5 A Warewolf Boy

YouTube video

Filem ini mengisahkan percintaan antara seorang wanita bandar yang bernama Kim Sun Yi lakonan Park Bo Young yang baru sahaja berpindah ke sebuah kampung, bersama lelaki serigala yang bernama Cheol Su lakonan Song Joong Ki.

Sun Yi mendapati tindak-tanduk Cheol Su berlainan dengan manusia biasa lalu mengajar Cheol Su untuk menjadi manusia biasa, perasaan cinta yang lahir dalam diri Cheol Su terhadap Sun Yi membuatkan diri Cheol Su bertindak mengikut naluri haiwan.

Aksi tersebut membuatkan penduduk kampung menganggap tindak-tanduk Cheol Su sebagai satu ancaman, disebabkan itu Sun Yi memilih untuk meninggalkan Cheol Su seketika dan berjanji dirinya akan kembali semula kepada Cheol Su.

Layan cerita penuh emosi di rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang boleh buat rumah banjir dengan air mata!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
filemkorea
https://lomp.at/5dhp9
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem