Rapper dan penulis lagu Amerika, Cardi B disahkan hamil anak kedua bersama suaminya Offset.
Dedah Kehamilan Di BET Awards & Instagram Serentak
Rapper rap mendedahkan kehamilannya ketika persembahan bersama suaminya Offset dan kumpulannya Migos pada Ahad Malam di BET Awards. Selepas trio itu menghabiskan lagu Straightenin, Cardi B menyertai kumpulan untuk lagu Type Shit.

Cardi B muncul di atas pentas dengan bodysuit hitam yang dihiasi dengan rhinestones, panel tipis di perut yang mendedahkan babybump Cardi B yang sedang membesar.

OMG!!!!!! @iamcardib breaking some MAJOR news! Pregnant and slaying ?#BETAwards #CulturesBiggestNight pic.twitter.com/CCF5P8h8rt
— #BETAwards (@BETAwards) June 28, 2021
Cardi B turut mengumumkan kehamilannya melalui posting di Instagram secara serentak dengan persembahan yang dilakukannya di BET Awards.
Pasangan ini mempunyai anak perempuan, Kulture Kiari yang berusia 3 tahun pada Julai ini. Offset, 29, juga merupakan bapa kepada anak perempuan Kalea, anak lelaki Kody, dan Jordan, dari hubungan sebelumnya.