Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kecewa! Lihat Apa Kata 3 Selebriti Popular Ini Apabila PKP Sambung Lagi

by Soph Azz
June 28, 2021
Foto - Utusan / Harian Metro

Foto - Utusan / Harian Metro

37
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau diikutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal ditamatkan pada hari ini. Tetapi disebabkan kes harian COVID-19 tidak menurun seperti yang dijangka, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk meneruskan PKP.

Disebabkan tempoh PKP yang berlangsung terlalu lama, tak dinafikan banyak pihak mula terkesan dengannya. Ada yang dibuang kerja, tiada tempat tinggal dan sebagainya. Melihatkan hal ini, ramai orang termasuk selebriti mula memberikan pandangan masing-masing.

“Lajukan Agihan Vaksin”- Normala Samsudin 

Berkenaan dengan tempoh PKP yang dilanjutkan, pelakon Normala Samsudin meminta pihak kerajaan untuk melajukan proses agihan vaksin kepada sektor kilang dan juga petugas kesihatan yang memberi vaksin.

Foto – Utusan / @normalasamsudinofficial (Instagram)

Kongsinya lagi, agihan vaksin yang cepat dapat membantu ramai orang untuk mula bekerja seperti biasa dengan mengikuti SOP yang disediakan.

Datuk Fizz Fairuz Minta Tutup Kilang & Beri Bantuan

Manakala pelakon, Datuk Fizz Fairus pula berkata sektor perkilangan perlu ditutup dengan segera jika mahu membendung jumlah kes harian COVID-19 dengan berkesan. Ujarnya kes harian kebanyakannya meliputi sektor perkilangan.

Foto – The Star / @fizzfairuzofficial (Instagram)

Tambahnya, pihak kerajaan juga perlu peka dengan keadaan semasa rakyat. Dia juga berharap pihak kerajaan dapat memberikan bantuan dengan segera untuk mengelakkan rakyat berhutang.

Foto – Harian Metro / @fizzfairuzofficial (Instagram)

“Kenapa Beri Kebenaran Kilang Beroperasi?”- Catriona Ross

Rentetan isu PKP, Catriona Ross juga berkongsi di Instagramnya dengan mengatakan dia sudah menjangkakan pemberitahuan ini. Kongsi Catriona, dia tidak dapat memahami tindakan kerajaan yang membenarkan sektor perkilangan beroperasi pada ketika ini.

Foto – @catrionabrianross (Instagram)

“Kenapa anda (pihak kerajaan) masih membenarkan sektor perkilangan beroperasi walaupun sudah sebulan PKP dan kes harian langsung tidak tunjuk sebarang penurunan”, tulisnya di Instagram.

Walau apa pun sebab pihak kerajaan melanjutkan PKP, Murai MY berharap agar semua orang patuh dengan SOP dan jaga penjarakan sosial masing-masing. Stay safe!

catriona rossDatuk Fizz Fairuznormala samsudin
https://lomp.at/lcurg
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem